Thursday, June 23, 2011

tarik <-----> tolak



[[ ada idea tak apa yang aku nak maksudkan dengan gambar ni? ]]


hmmm.. tadi aku pegi settlekan tanggungjawab *chewwah* aku kat Maybank. masuk-masuk je tengok baris mak aih punya la panjang. semua pakat nak langsaikan hutang ke apa ni.. biasa baris kat mesin ATM yang panjang, ni CDM lagi panjang. bagus orang-orang Bangi ni.

aku macam biasa kat mana aje jadi buat aktiviti menyebok sana sini. cuma takde geng je sekarang. bergerak sorang-sorang. kalo mase study dulu, geng aku tak lain tak bukan, Yan, Cda, Anne, Nadia! ni semua kaki-kaki menyebok punya. awas yaa! HAHAHA.. *bangga sikit aku sebot nama korang ni.. bukan senang!*

eh balik pada topik. aku jadi orang terakhir dalam barisan tu setakat ni. so makna katanya, lama lagi laaaa.. haish! em tiba-tiba ada handphone berbunyi. dengan lantangnya, " haaaa ye. saya dah buat kertas kerja tu semua. tinggal nak bagi kat pengrah je. kendian kita bla bla bla.... " siyes lantang gila suara pakcik-baju-batik selang dalam 4 orang dari aku. memang suara dia jela yang dengar. hmmm... orang kita!

emm positif ye. may be orang dalam fon tu tak dengar kot pakcik-baju-batik ni cakap. dia suruh la pakcik-baju-batik ni kuatkan volume.

eh lari tajuk lagi. HAHA. tu sambil-sambil je. aku lebih tertumpu pada pintu. setiap kali orang masuk mesti ada bunyi "gedegang". pastu baru pintu terbukak. nak tau sebab ape bunyi macam tu?


haaaaa... sign ni kalau baca dari dalam Maybank tu. so kalau dari luar, agak-agak korang dia tulis sign ni jugak ke? haaaa ini yang kita taktau! HAHA.. *teringat cerita Los n Faun*


boleh pulak la kan kalau dari dalam tulis push, dari luar pon tulis push kan. agak-agakla.. dah confirm-confirm tulis sign yang ni pulak kan. memang la dorang taktau apa yang tulis kat dalam tapi tau apa yang tulis kat luar kan. ni gambar sebagai contoh je.

jangan nak tipu la kalau kata tak paham kan. kat Malaysia ni baiii. terang-terang bawah tulisan BI tu ada tulisan BM pulak. siap kadang-kadang ada bahasa cina, arab bagai. haaa apa lagi nak?!

kat Maybank tu pulak pintunya bila suruh tarik, memang kena tarik. tu yang bunyi gedegang setiap kali orang-yang-tak-nampak-dan-tak-paham tolak pintu tu.

ini lumrah manusia. apa yang tak boleh, itu yang nak dibuat. apa yang dilarang itu la yang macam disuruh-suruh. kerajaan dah bagi arahan, ikot la. *mak aihh. gile tibe-tibe. HAHAHA..emo pulak! aku pon tak sure apa kaitannya..*


haaaa pernah nampak sign ni? KOC WANITA. tengok tu. 1 Malaysia. semua bahasa ada. tak paham lagi ke? dah. jangan bayak cakap. alasan je semua tu. *wahhh emo lagi kau! HAHAHA*

bagi yang tak pernah naik KTM, mesti tak pernah nampak sign ni.bagi yang biasa ulang alik pegi mana-mana dengan KTM, sangat familiar la dengan sign ni. sign ni ada kat gerabak KTM je setakat ni yang aku tau laa. lain-lain public transport ada jugak tapi lain pulak la ucapan dan arahannya. HUHU..


hmm tengok la yang ni. agak-agak bangsa apa? haiyaaaaa..... orang buat arahan,peraturan mesti ada sebabnya kan. so ikot la... *tengah cakap depan cermin... HAHAHA*

memandangkan aku dah nak kena gerak bawak anak-anak buah aku pegi taman, so sampai sini je aku nak bebel. sekarang masanya untuk aku usha-usha apa yang patot, nak luaskan lagi pandangan juga pemandangan tentang alam sekitar dan masyarakat. *ayat macam gamp poyonyee..* macam biasa! pegi mana-mana, aktiviti menyebok tak kan pernah aku tinggal. harap maklum! gua beram.....~




pssssttttt # aku berjuang gile nak abeskan cerita ntuk entri ni. anak buah aku dah menyalak nak ajak pegi taman. hmmm maksu yang baik perlu dicontohi ramai yee. aku belikan air vitagen ingatkan taknak bagi gaduh, rupanya jadi pergaduhan besar sampai gigit menggigit. haish! budak-budak.

psssssttt lagi # aku rindu kau la. saja nak ego. hahaha taknak kalah kan. bese!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...