Monday, October 31, 2011

kalau ada bran, try test tengok!

 ASSALAMUALAIKUM..

Nah. Aku bagi korang barang baik punya. Sila la klik kalau berani. HAHAHAHA.. 



[klik atas gambar pun takpe lagi best! haha ]


# gimik semata! beguna ni. jadi aku share. hehe

[video] Japanese ghost prank!

 ASSALAMUALAIKUM...

Ni aku nak share video yang macam hagham punya kelakar bagi aku. BAGI AKU YE. First time aku tengok sampai keras perut aku gelak. Keluar semua gelak durjana. Aku paling kelakar masa hantu tu kejar mamat tu. Gile laju siakkkk! hahahahahahahahahahaha kalau aku pun ntah-ntah sampai tekincit kena kejar macamtu punya laju direct lepas tekejot nampak hantu. siot betol!!!!
Layan jela yeeeee... =))


psssstttt # jangan la kutuk aku kalo tak lawak sangat. ni bagi aku je kelakar. huhu ;D [takot kena kondem!]#

sekadar berbicara..untuk kamu-kamu dan juga dia!

 ASSALAMUALAIKUM...

Hi. hehe kali ni punya entri khas untuk someone yang dah aku anggap sebahagian dari hidup aku. Dan untuk kamu-kamu yang lain jugak. Aku rasa terpanggil untuk berbicara kerana aku sedang menjaga dia; dirinya dan perasaannya. #cewahh. Jangan nak dalam-dalam sangat pikir la. Aku anggap dia ni macam family aku sendiri. Itu je. Saja kasi ayat gempak-tak-berapa-gempak-sangat-la sikit. HAHA =D

Lately dia ada masalah besar. Aku tau masalah tu. Melibatkan perasaan. Masalah yang sampai efek dia punya study. Aku jadi marah sebab dia yang aku kenal bukan jenis yang lemah tapi tiba-tiba dia lemah-selemah-lemahnya. Semuanya disebabkan mainan perasaan. Memang kita tak boleh nak salahkan apa sahaja perasaan yang lahir kat hati kita tapi ada caranya untuk mengawal kesedihan dan kelukaan. Semuanya terletak pada diri kita.

Itulah, lain kali time belajar, belajar je. Tak payah nak bercintan-cintun. Tengok sekarang! Nak salahkan dia pun tak boleh sebab bukan dia yang mintak perasaan tu datang. Dia sendiri pun tak bajet boleh jadi macam ni. Dari terus salahkan dia, marah-marah dia, baiklah kita tolong dia. Tolong dia jadi kuat. Tolong dia bangkit. Tolong dia positif. Tolong dia kembali ke track. Tapi serious cakap, aku memang boleh tolong 'cuci' otak dia tapi diri dia sendiri kena kuat untuk tolong diri sendiri. Kalau tak, bazir air liur jelaaaaa...

Dah berbuih aku nasihatkan dia nak naikkan semangat dia nak bagi dia kuat tapi dia still terpikir. Ye. Mulut kata " aku kuat! aku tak sedih. aku dah tak pikir " tapi hakikat dalam hati...? Apa-apa pun anggaplah aku membebel ni untuk mempositifkan fikiran dia dan jugak untuk teguran kat diri aku sendiri. Macam aku perfect pulak kan. haha =D

Oh adiku sayang...

Kalau kita nak lemah kita akan lemah. Tapi kalau kita nak kuat, kita akan kuat. Bukan maksudnya tak boleh bersedih, tak boleh menangis. Tapi kalau kita nak bangkit, nak bangun selepas kesedihan itu, kita boleh bangkit. Hanya kita yang tahu kemampuan diri kita. Kalau kita nak terus padam selepas kesedihan itu, kita boleh padam. Pilihan itu adalah pilihan kita sendiri.

Sama jugak situasinya kalau kita sampai kat satu simpang. Ke kanan menuju kebaikan, ke kiri menuju kejahatan. Kita yang menentukan arah tujuan kita sendiri sama ada nak ke kanan, yang kita sedia maklum banyak kebaikannya pada diri kita ataupun ke kiri. Kita berhak membuat pilihan untuk diri kita sendiri. Kebaikan yang dipilih, jadi hasilnya baiklah. Kalau kejahatan yang dipilih, jadi paham-paham sendiri lah. So, kalau kita nak kuat, maka kita boleh jadi kuat. Kalau kita nak lemah, maka lemah la kita.

Pokok tak akan membesar dengan kuatnya kalau akarnya tidak kuat mencengkam bumi. Jadi pokok pangkalnya adalah pilihan kita sendiri. Akarnya kuat, maka pokoknya juga akan kuat. Semangat untuk bangkitnya kuat, jadi kuatlah kita untuk bangun. Jadikan masalah yang datang tu untuk bagi kita pengalaman yang boleh mengajar kita untuk masa hadapan. Ambik masalah tu dari sudut positif.

Hmmm.. orang sekeliling memang boleh bagi sokongan, dorongan, motivasi tapi kalau diri sendiri yang pilih untuk lemah, takda siapa yang boleh tolong lagi. So tolonglah. Tolonglah diri sendiri. Sayang diri sendiri. Sayang hati sendiri. Fikir yeeeeee.. hehe =D

" Kadang-kadang kita tak mampu mengubah apa yang ada dalam diri orang lain tapi kita sendiri mampu mengubah apa yang ada dalam diri kita sendiri. "

Ingatla ramai lagi yang sayang kamu bukan dia sahaja. Tak salah kalau nak mengharap tapi efeknya diri sendiri yang akan tanggung.

Chaiyok kecik!!!
 MyEm0.Com 

.
.
.
.
.

[ bila aku da mula membebel! haha :D ni pun tak puas lagi nak cakap. siot! ]


# nak share pitca. ni la anak buah aku. si adik dan si abang.  hehe ;P 
hidup seperti budak kecik, memang best! takyah pikir masalah pun..orang lain yang tolong pikir. HAHA

[kata aku!] Bole punya kalo kau nak... kan...........

  ASSALAMUAAIKUM..

Selamat pagi semua. Semoga hari korang semua harini akan jadi hari yang tak dapat dilupakan. huhu =P
Aku nak berkata ni......

" Takda yang mustahil bagi orang yang mahu. Kalau nak, macam-macam cara boleh diusahakan. Kalau taknak, macam-macam alasan keluar. Peluang depan mata pun tak akan nampak kalau gitu gayanya.... "




# Nak seribu daya, taknak seribu dalih! 
Menangis dia ni nak kan benda.. HAHA #

Saturday, October 29, 2011

[kata aku!] Indahnya..

  ASSALAMUALAIKUM..

" Paling indah dalam dunia bila apa yang kita inginkan dan impikan. kita perolehi. Paling tak indah dalam dunia bila apa yang kita inginkan dan impikan kita perolehinya tetapi itula punca masalah-masalah kita. "


# think about it deeply



[tips aku!] Drive elok-elok. Jangan nak gile-gile sangat laaaa...

  ASSALAMUALAIKUM..

Hello semua. hehe.. Harini aku pegi keje. Saja je nak buat OT. Duduk rumah bukan dapat income pun tapi duduk ofis dapat. So aku pilih la nak dapat.  HAHA. aku memey gemo kek pitih! =)) #sory org klate.tibai semata! heee (_ _')

Ni aku nak bagi tips sikit. Ni hasil dari pembacaan aku plus pemikiran dan pendangan aku la sikit-sikit. Ikot suka korang la kalo nak setuju or taknak. Bukan aku bole halang korang pon. Ye dakkkkkkk.... #membebel jela aku tau! HAHAHA


DRIVE ELOK-ELOK SIKIT YEEEE.. 

#  Jangan halang orang lain nak laju

Bagi laluan kat orang. Lantak pi dia la nak laju macamana pun. Hampa toksah nak halang. Dia yang langgar had laju. Dia yang kena saman nanti bukan kita. So biarkan dia laju. Kita pulak dah nampak dia pecut semacam je, jangan la block. Bagi dia lepas. Ni tak, nak bajet kita ni laju jugak. Duduk kat lorong memotong tapi bawak 90km/j je. Ape cerita ni baiii.. Had laju kat situ 110km/j. Sah-sah la kita patut duduk kat lorong tengah tak pon kiri sekali; standard lori je. Haha.

Pada aku tak semua accident tu jadi sebab kelajuan. Kadang-kadang sebab halangan dan salah faham. Ok. Aku bagi situasi la. Kita nak memotong. Kita nampak kereta depan dah nak masuk kiri. Kita pun speed la. Tiba-tiba kereta tu takjadi masuk sebab ada kereta lain yang lagi laju memotong sebelah kiri lepastu mencelah ke kanan balik. Kereta yang depan kita ni pun terbrek la tiba-tiba. Kita yang tengah speed plus memang dah dekat sangat dengan kereta tu pun menghentam la kereta kedua ni sebab tak dan nak brek. Haaa tengok! Sebab kereta kedua tu halang orang lain nak laju, last-last kita yang bedentum dengan dia. Kereta ketiga dah bedesup laju. Tak pasal-pasal je.

Agak-agak kalo kes macamni kita nak salahkan orang yang potong kiri tu ke? Ye memang dia salah sebab memotong lorong kiri tapi kena tengok jugak sebab apa dia potong kiri kan.. Tolong la sedar diri kalo drive dah macam siput babi; standard lori, sila la ke lorong kiri sekali.

Ingat! Lorong paling kiri untuk yang paling siput babi, yang tengah untuk yang santai-santai;sedang-sedang tak sedang sangat, dan yang kanan sekali untuk pelesit-pelesit tak sedar diri. Rugi la pakai Audi duduk lorong kiri. HAHA =D


# Bagi isyarat ke mana kita nak pegi; maksudnya guna la signal tuuuuu..

Signal tu dah sah-sah memang dicipta untuk memberitahu driver lain kita nak ke kiri ke ke kanan. Kenapa la taknak guna. Jangan bagi orang lain salah faham. Nanti bole accident wooo.. Member aku accident teruk sebab ni la. Melambung dia. Patah kaki, pecah limpa. haih (_ _!)

Dia naik motor masa tu. Memang lorong terpaling kiri la kan. Dia bawak steady je. Takde benda nak dikejar.  Ada la sebijik kereta ni lalu sebelah dia lepastu tiba-tiba dengan tak bagi signal terus masuk kiri. Bengong. Bedentum la. Melambung member aku tu. Yang teruk mesti la yang kat luar. Yang kat dalam kereta takde apa pon cacat cela. Kereta je. Dan yang salah mestila yang melanggar padahal si driver sengal yang masuk kiri tu yang tak bagi signal nak masuk. Nampak?

Bagitau la orang lain kita ni nak pegi mana. Nak ke kiri, bagi signal kiri. Nak ke kanan, bagi signal kanan. Kalo agak-agak hilang arah tujuan, bagi signal hazard. orang tau la kita ni blur. HAHAHA gila ke apa tiba-tiba nak bagi hazard lamp kat tengah-tengah simpang.

Aku memang pantang kalo orang yang tak bagi signal. Memang nak kena maki la kau! Aku tak horn tapi aku bagi lampu sampai aku rasa puas. Hambik! Memang la dia tak efek sangat pun dengan lampu aku tu tapi aku puas. HAHA =D


# Minum air

Macam takde kaitan je kan minum dengan drive. Tapi aku rasa memang betul pun benda ni. Kalo korang drive, better spare air dalam kereta. Air kosong pon jadi. Minum air ni bole control kita punya kemarahan dan bole buat kita sabar lebih sikit. Tengah bengang-bengang, minum air. Cool sikit perasaannya. Ibarat hujan lebat yang turun di padang pasir tengah-tengah panas terik. Betul! Try test tengok laaaa..

Kalo kita lepak kat mapley pun, onney mesti tanya soalan pertama " apa minum? ". Lepastu baru dia tanya makan. Kita bole je sabar tunggu makanan kalo air dah dapat. Tapi kalo air tak dapat lagi, makanan dulu sampai kita memang melahap terus je tapi dalam hati mesti tertanya-tanya 'mana la tea O ais aku ni? mati tecekik pulak aku ni kang..' . Manusia memang tak complete kalo takde air. Air ni bahan pengecas badan. Penyegar. So minumla air kalo tengah marah masa drive.


OK. Itu saja tips yang aku nak share. hehe ^^,
Kalo rasa betul, sila ikot. Kalo rasa takbetul, pegi Tanjong Rambutan. HAHAHA..



" Biar cepat dan selamat sebab lambat pun bukan tentu selamat. Nak laju bole tapi hati-hati. " 



Friday, October 28, 2011

[kata aku!] Sila Positif


ASSALAMUALAIKUM..
ni la aku. sekali aku dah ke blog aku ni, memang macam-macam la aku nak cakap. tulaaaa. berapa lama aku abaikan beliau. hmm qada' la balik. # tulis blog pon kena qada'2 jugak ke?? haha ^_^


" Walau apa sekalipun keadaan menyulitkan yang kita alamai, carilah, pandanglah ia dari sudut yang positif. TUHAN berikan sesuatu kesusahan untuk diberikan sesuatu yang lebih baik. " 



# sikit pun tak  rugi kalau jadi orang yang positif. Husnuzon. bersangka baik yeeeee.. GOOOOOOOOOOD!

 

[music & video] Rolling In The Deep - ADELE


ASSALAMUALAIKUM..
hi. nak share lagu pulak. aku macam suka suara minah ni. sedap je pulak kat telinga aku. lagi-lagi lagu ni macam kena dengan situasi aku. PULAK! haha.. lagipun dia punya video klip ni agak rear. aku suke. aku suke. hehe. sila layan jeeeeeeeeeee! jgn banyak cakap~



# The scars of your love remind me of us, they keep me thinking that we almost had it all. The scars of your love, they leave me breathless. I can't help feeling. # 

♥ RAGAM BERCINTA ♥



ASSALAMUALAIKUM...
Lama sangat dah tak update wanieyituaku ni. Rindu pulak.
Saja nak share sikit. hehe ^_^
Enjoy reading~


 ♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...


bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !
so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.



♥ kepada yang masih SINGLE,

cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.



♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,

jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.



♥ kepada yang PATAH HATI,

bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.



♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,

bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.



♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,

cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.



♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,

hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.



# jadi, biarkan dia pergi, dan lupakan yeeee hazwani! bagus!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...