Friday, May 20, 2011

rindu



hmmmm...
SAYA RINDU MAK SAYA. RINDU SANGAT.
baru je tadi aku gerak dari kampung.
uwaaaa.... T_____________T

aku sekang berada di suatu tempat hasil bohong sunat. hee~
nasib baik aku selamat sampai.
walapon aku sangat suka sebab berjaya ke tempat ni tapi......
sekang aku sangat rindukan mak.
mak dah balik kampung. mak dah tinggal kat kampung balik.
lepas ni balik keje tade lagi mak nak tunggu kat umah.
tade lagi mak nak teman tido kat sebelah.
bile time stress, tade lagi peneman cerita.
masa kat kampung, mak sentiasa ade dengan aku ke mane je aku pegi.

YA ALLAH. SAYA SANGAT RINDUKAN MAK SAYA.
semoga mak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
tak lupa jugak kat ayah.
semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
SAYA SAYANG MAK DAN AYAH SAYA.




psssstttt # bila aku sedih, die tade pon. tido. ok fine. i'll take care of myself.

Monday, May 16, 2011

akhirnya


salam
hmmm.. aku just nak bagitau akhirnya aku berjaya jugak balik kampung.
nak tau since bile?
last year. balik sat mase abang ipar aku, Abg Zul meninggal. tu pon awal bulan 12.
lepas tu aku ade balik sat tapi balik hari. ambik mak aku datang KL. tu je.
ouh. ku rase kan sungguh derhaka. mane nak buat. jarang dapat cuti hujung minggu.
harusla kena tunggu hujung minggu jugak kan?
alasan ke ape tu. padahal hari lain pon boleh je kalo ade cuti 2 hari.
tinggal nak dengan tanak je kan. HAHAHAHA =D

ape-ape pon aku dah berjaya berada di kampung. aku dapat cuti dalam seminggu.
so aku nak abeskan cuti dok kat kampung tolong mak ayah ape yang patot.
lame dah menderhaka ni. erkkkkk =.=!

lagi satu benda aku berjaya.
nak tau ape?
RAHSIA!
yang pastinya aku akhirnya berjaya dapat kau.
lalalalalalalalalalalalalalalalalalalala... MyEm0.Com


[ aku suke ni! tu je nak cakap. hehe ]


psssstttt # aku kopak. sape-sape ade tak nak tambah pahala. sile derma kilat untuk aku. uwaaaaaa T___T



 

Monday, May 9, 2011

pitam










































salam

ni bukan cerita arini actually. ni cerita 5/5/2011 hari khamis aritu. cerita nak pegi keja.
aku punya shift pukul 3-12. minggu ni perot aku tak berapa nak ade mood sangat. so die dok memulas semacam. nak kate aku kena CB, tak pulak. aku pon tak paham. badan pon suam-suam kuku. demam sikit la kirenya. suhu badan dalam 38 camtu je. tapi kepala biol-biol la. aku gagah jugak pegi keja. naik moto park kat stesen lrt. dah la jaoh aku kena berulang hari-hari. hmmm.. semuanya sebab terpaksa. malas nak MC. hehe =P

before gerak aku sempat jamah 2 keping roti. tu pon tak abes sebab anak buah aku pow separuh-separuh. kiranye sekeping jela roti aku makan. ni perot tak isi dari pagi. takde selera. masa bawak moto, stabil je lagi. masa dalam star pon stabil lagi tapi kaki dah ketar. sekarang aku kena naik putra pulak. 

masa tunggu putra, aku dah goyang. okay waniey betahan. semoga ade tempat duduk. tren pon datang. masuk-masuk je tengok kiri kanan takde tempat kosong. aku bediri kat tepi pintu menyandar. kaki dah rase macam tak bole nak berdiri. ketar tahap ape dah. aku dapat rase aku nak tumbang tapi aku betahan je. sandar kat dinding tren tu. sambil tu aku beistighfar. baru nak ingat kan bila dah saket. tibe-tibe perot aku saket sangat plus kepala aku pening sangat-sangat bepusing-pusing bepinar-pinar. cepat-cepat aku sangkut tangan kat besi pemegang. makin lame aku makin tak nampak. tapi mulut aku kumat-kamit lagi beistighfar sambil bagi semangat kat diri. " waniey betahan. waniey ingat Tuhan.". then..... gelap!

bila bukak mata, aku nampak samar-samar je. aku ada lagi kat tempat yang sama, still bediri tapi dah nak ke lantai jugak la dengan tangan tesangkut kat besi. sebab tu aku tak jatuh. aku  nampak orang depan, orang sebelah aku tengok semacam je. aku tesedar pon sebab tren berhenti kat stesen KLCC. masa ni ramai orang kelua, aku terus duduk. dalam tren yang ade air-cond tu aku bole bepeluh-peluh macam belari keliling padang. aku pejam mate sebab aku tak nampak sangat. kelabu-kelabu lagi. 

aku dah macam malas nak keja sebab kaki dah lembik sangat dah. tak larat. sumpah. tapi aku gagahkan jugak. masa sampai, aku beli roti. sambil jalan aku makan roti. aku paksa makan jugak sebab aku takot pitam lagi. aku bukan nampak sangat pon sebenarnya. sebab aku familiar dengan tempat tu je aku agak-agak je jalan. kepala aku bepusing-pusing Tuhan je tau. sampai ofis, aku belagak steady. aku memang. tanak nampak lemah depan orang. hahaha. biar aku tanggung sorang-sorang. dats why aku tak cari tempat duduk mase dalam tren. emm..nak nasib, aku dapat buat support pulak. so aku buat keja ringan je. hee~

dah malam, badan jadi tak tentu. nak demam balik. muka dah merah padam. officemate aku dok tegur muke sememeh, merah menyala. betahan betabah. tu je aku dok cakap dalam hati. balik kena pulak bawak motor. adeiiiiiiii... nasib!

sampai umah pukul 1 pagi, aku dah flat abes. terus masuk bilik je nak tido. mak tunggu aku balik. masuk bilik pon same-same dengan mak. aku cerita kat mak. mak marah aku! uwaaaaa ='(
mak cakap, kalo dah rasa macam nak pitam cepat-cepat duduk. tak kira kat mana sekalipon. takot nanti kalo tiba-tiba tumbang, kepala tehempas kat mana-mana. dapat sakit lain pulak. baek la mak. 

hmmm....actually ni 2nd time aku pitam. lately aku da main pitam-pitam pulak kalo saket perot. em hari tu aku pitam kat umah je tapi jatuh kat singki sebab rasa nak muntah. nasib kepala tak kena singki. sorang-sorang je. kakak aku cuti besalin. aku dok rumah die sorang-sorang. pegi klinik sorang-sorang naik motor. kelua klinik, hujan! redah. 

haih. ni la cerita pitam aku. kenapa ek bole pitam? sebab tak makan? may be kot. hehe =P
tu je. abes. 


: : dia takde pon masa aku saket. aku mula saket ari rabu. dia ade sekejap malam khamis tu. thanks. tapi pagi esoknye aku kena marah sebab kacau die n tak paham die. hmmm... orang saket mane bole mintak-mintak simpati kat orang kan.... apela aku ni. tak malu. hee..MyEm0.Com : :




psssssttt # aku punya cuti sabtu ahad ni aku bole lepak dok umah tak buat ape-ape pon just pegang fon yang bagi cerita-cerita yang mengecewakan. hahahahahaha.. macam tak pecaye je tu aku kan.

[[ ensem tak? walaweh. wajah dikala ku tua. kalo panjang umoq ]]

Saturday, May 7, 2011

sangat annoying OK!



salam.
sebelum aku mula cakap baik bagi salam dulu kan. cakap pulak bukan benda yang baik-baik. haha.

hari ni aku dikelilingi dengan manusia yang sangat annoying. takde la sangat tapi biase la kalo nak lebihkan sikit bagi berasa cerita aku ni haa.. haha.

first, kat tempat keje. keje aku ni memang takde tempat duduk tetap. so sape-sape je boleh duduk sebelah aku. hari-hari tu. selalunye aku duduk dengan kawan-kawan aku la except kalo takde tempat kosong yang banyak-banyak. ade sebijik-sebijik je so masing-masing kena bawak diri kena berdikari la..haha. aku hari ni takde tempat takde geng. shit. busan dow. bayang la keje masuk pukul 3pm abes pukul 12am tekulat-kulat sorang-sorang? muke aku ni mane penah diam. mane bole hidop tanpe begosip wooo.. mak aih sampai macam tu tahap kritikal aku. melalut tengok. okay direct. 

aku duduk sebelah sorang minah ni. memang la selalu nampak tapi tak kenal pon. officemate boleh tak kenal. canggih tak canggih. wahaha...
aku memang tak bole bla duduk sebelah die. mulut die... aku rse macam nak lemparkan ayat ni je " eyy nyah mulut kau tu ade insurans berape belas million? gune peluru bepandu ke men tembak je tak bagi salam.. tak bole cabul lagi ke nyah? " lepas tu dok hentak-hentak meja, hentak-hentak mouse segala. aku tau tu office punye. kalo benda-benda tu hidup, dah lame minah tu tak hidup kat situ benda-benda tu plak hentak die. cara cakap da la euwwww gile. 

aku memang tak bagus aku ngaku tapi at least jangan la belagak macam kau bagus sangat der. please. aku dah pelik gile tengok die ni. sepanjang aku keje tau aku perhatikan die haa. harap maklum. annoying gile!



ade lagi sebenarnye nak cerita tapi macam malas pulak. tapi annoying yang lain tade la sebab sape lagi, sebab die la. hmm.. abaikan.
hat ni jela aku cite. sebab aku ni tak bagus sangat. so aku malas nak cakap lebih-lebih sangat. tak pasal-pasal aku pon dapat cop yang same " macam bagus! ". tak perlu la.


ok la. nak tido da. badan tak sehat. kepala berat. perot memulas. penat. hati pon hangat. tambah weng pulak. sume dah ade. jadi. sekian. ouh esok aku sign agreement. agreement ape? yang ni nanti aku cite. whee~



adios gua berambosss~ MyEm0.Com




pssssttttt # aku jumpe orang gile mase jalan nak pegi keje.whoaaa... seram! die tunjuk die 'punye'. bluweekkkkk... sikit nak beterabur muntah hijau! sumpah. awas ye. lrt ampang park.

Wednesday, May 4, 2011

1 MAY 2011



finally aku ade jugak something nak jot down kan.
tibe2 aku teringat kejadian2 pada 1 May 2011


# BIRTHDAY #

HAPPY BIRTHDAY to my nephew Wan Muhammad Aliff Firuz.
sudah 4 taun kamu kan. setiap taun bole sambut sebab sume orang pon cuti.
hmmm sebab birthday die dapat aku merasa makan eskrem kek Baskin Robin. I <3 cake and ice cream. sedap dapat 22 sekali kan but cepat muak.
birthday boy tak makan pon. baik la dia main "otromen" yang baru dapat siang tadi. sakan beno gayenye. tapi lately aku dah perasaan sesuatu perubahan kat anak buah aku ni.
suare dah garau you! woooowwwww... HAHAHAHAHAHA.. gile!
betol la. sape yang penah jumpa anak buah aku yang ni akan tau suare die macam mane. lelaki tapi cakap suara tak lepas. macam mana aku nak buat demo ni? ** sambil besuare seperti beliau! haha =D **
buas die tak berubah! itu tak boleh disangkal. hmmmm.... *sigh*
# pakcik google bagi contoh ni je haa. dalam, memang sebijik. luar je lain. decoration lain. tade pulak pakcik google pic yang exactly same dengan yang kamiorang ambik. padahal bukan decorate sendiri pon. 
abaikan............. yang penting lazat! HAHAHAHAHA..#




# LABOR DAY #

Selamat Hari Pekerja.
aku sebagai pekerja sekarang baru la rase hari pekeja ni. naseb baek aku cuti. HUHU.. kerja macam aku ni cuti tak menentu. dah macam buruh kasar je. haish. ntah sampai bile. tolong doakan aku dapat better offer dalam masa terdekat ni ye kawan2. amin. tangs. *saje je guna word thanks begaya begitu. bemaksud sebenanye. aku je tau! HAHAHAHA durjana!




# HARI KENA TINGGAL. sob sob sob  MyEm0.Com #

keluar besama dia. sakan! malas nak cite panjang2. pendek kan senang. hepi2 sembang2 lepak2 makan2 lame tak jumpe kononnye. hehe. pastu jumpa pulak dengan pesaing. tapi bukan la pesaing sangat pon. relax je aku. biaq p la hang. sampai time, kamiorang pon nak beram la kan dari Pavillion tu. manusia sangat ramai sebab hujan sangat lebat petang tu. redah. dia dah lambat. rush gile babi. sumpah aku penat tapi betabah jela. ouh lupa nak bagitau, kamiorang menggunakan PT je. public transport.
venue: LRT Plaza Rakyat
aku tunggu dia beli tiket sebab aku pakai touch n go.*whee~ perlu ke statekan. haha*
ok fine. berlari same2 naik tangga sebab tren dah ade. sampai kat atas, tak tau tren nak pegi mane pulak. takde tulis ape2. hampeh. blur2. masing-masing pusing kiri pusing kanan, pintu pon tertutup. tibe2 tebukak balik sebab ade mat saleh sorang ni tertinggal seliper kat dalam tren. HAHA. sempat lagi la tengok benda kelakar.  hmm tengah kalot-kalot, tibe2 dia lari masuk dalam tren tu. aku nak ikot jugak. aku just sempat tahan kaki kat pintu tu tapi pintu still tutup. pastu tren pon jalan bawak dia pegi. dems!
cuba anda bayangkan perasaan aku mase tu! uwaaaa..... MyEm0.Com teketar2 aku tahan nanges. bengang. sume ade.
aku la blur sangat. dalam mase yang same nape dia tak tarik tangan aku mase nak masuk tren tu. both of us salah! tapi aku yang kena tinggal. lastly kitorang tak jumpe pon lepas tu until now. barang aku ade kat dia lagi. hmmm.. gile sedih mase tu! and now aku teingat jugak. hampeh betol!
dia bakal menerima lempangan dan tumbukan aku. seap la. aku da cakap awal-awal dah pasal habuan ni. aku salah ke kau salah ke kau tetap akan kena sebab aku bengang! MyEm0.Com HAHAHAHA..


dah. masa untuk tido. aku esok keja ye. harap maklum. sile beram sekarang waniey!!!!
baeklah.




psssstttt # aku sedang menunggu sesuatu. bile la niiiiii... tak saba gile dah! MyEm0.Com
psssstttt lagi # pitca2 celeb burfday aliff tade pon sebab dok record je. lupe terus nak snap pic. apela!



[muzik & video] bom tangan dari Bruno Mars dan...

SALAM
malas nak update ape2. saje nak kasi lagu je. hehe =P
2 versi yang aku suke sangat layan.
ape yang bestnye, aku sorg je yang tau kot.
HAHA..


ayuh kita layan mereka ini..


" bom tangan dari Bruno Mars " 

" waiter bermain besama lalat dari Nabil "




psssttttt # sekang ni aku ngan akak aku tengah mencuba sesuatu. jeng. jeng. jeng. setakat ni resultnye bagus! aku suke. aku suke! =P
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...