Thursday, August 30, 2012

Cakap elok sikit peeleaseeee!


 ASSALAMUALAIKUM..

Hey.

Amboy ber'hey-hey' je sekarang kan. *nasib dah bagi salam. hehe*

" Upss. Sorry la. I ni jenis cakap lepas je orangnya.... "
Jangan cakap kau ni jenis orang-cakap-lepas la, orang-cakap-tak-berlapik la, orang-jujur-terlebih la bagai untuk jadikan alasan kau tak beradab dengan orang.

" Wey tepi sikit aku nak lalu. Kau ni gemok la. Semak! "
Amboy! Kurus sangat kau ye dok mengata orang gemok la bagai.
" Aku jujur laaa. "
Jangan nak jujur sangat lah kalau dah sampai menyakitkan hati orang lain lagi-lagi orang yang terdekat. Ingat semua orang boleh makan ke dengan kata-kata kau tu? Bila time kau kena, apa pulak kau rasa? Menggelegak otak sampai ber'tiger eyes' kan. HAHA.

Jangan la macam tu. Cakap biar beradab sikit. Tak kisah la dengan siapa pun kita bercakap. Orang yang lebih muda ke, lagi la orang yang lebih tua kan. Hormat. Bukan suruh melutut pun bila tengah bercakap. Ni tak, main lepas je nak cakap apa pun. Macam orang tu takde perasaan pulak. Adab mencerminkan peribadi.

One more alasan yang paling famous..
" Aku tengah marah sangat, memang mendapat la dia. "
EH KAU! Macam kau sorang boleh marah. Kalau aku dah marah karang, menangis kau!
Urm. Pegang lah kisah sahabat masa zaman Rasullullah dulu bila kita rasa nak marah ye. Insya-Allah kita boleh control rasa marah tu. Aku summarize kan jela kisah tu yang bersaki-baki dalam otak ni.

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah tahap dewa, dia tak boleh control rasa marah walaupun kecik punya hal. Lalu bapanya menasihatinya, "Setiap kali kamu berasa marah, kamu paku tembok di depan rumah tu sampai kamu tak rasa marah lagi." Pemuda tersebut melakukan sampai dia boring sebab dia rasa memaku tembok lebih susah dari control marah. Hari demi hari paku yang digunakan berkurangan. Pada suatu hari pemuda itu langsung tidak berasa marah lalu dia bertanya pada bapanya "Ayah, hari ini saya tak rasa marah langsung. Jadi apa yang perlu saya lakukan?" Kata bapanya "Anakku, bila kamu dapat mengawal marah untuk sesuatu perkara dan meminta maaf kepada orang yang kamu marahi, kamu cabutkan semula paku dari tembok itu." Pemuda tersebut menuruti nasihat bapanya sehingga kesemua paku habis dicabut. Dia juga gembira kerana boleh mengawal perasaan marah dan dapat meminta maaf kepada semua orang yang pernah dimarahinya. Jadi dia bertanya pada bapanya "Ayah, semua paku dah habis dicabut. Saya juga telah memintaa maaf pada semua orang dan sudah boleh control marah. Jadi apa yang perlu saya lakukan lagi?" Bapanya berkata "Anakku, cuba kamu lihat pada tembok itu. Terdapat banyak kesan paku yang sangat teruk berlubang. Begitulah juga teruknya perasaan orang yang telah kamu marah walaupun kamu telah meminta maaf kepadanya kerana kesan dan bekas tersebut tidak boleh hilang dari hati orang yang kamu marahi."

Haa kisahnya. Maaf le bahasa paso je gunee. Hehe. Tertusuk menusuk ditusuk tak?


Moral of the story, fikir dulu sebelum bercakap. Jangan main lepas je. Macam tahu sangat pulak apa orang tu rasa bila kau cakap main sedap mulut kau kan. Kecik hati sampai mati. HA APO EKAU NAK KATO? "Terlajak perahu boleh diundur. Terlajak kata, orang terasa!"  
Oh! One more thing, jangan nak marah sangat la macam gajah naik minyak. Marah boleh dicontrol dengan sifat sabar.  Sabar tu kan separuh daripada iman. Separuh beb. Sabar itu indah. Cewah.
EH. Cerita pasal cakap, termasuk bab marah kan. Berkait!
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL ~


*Ehem. Ada tak ciri-ciri ustazah pilihan 2nd season? Ngehehe ;P
.
.
.
.
.

" Heyyyyyy orang macam kau ni tak layak nak cakap elok-elok buang karan je..."
WEHHHHHHHHHHH!!!!! Ini betul-betul main kasar.



STOP TALKING START DOING!

Wednesday, August 29, 2012

Muncul

  ASSALAMUALAIKUM

Hi.

Tengok sudah muncul semula. Macam Chipsmore kejap ada kejap takda.
Ni la contoh orang yang 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'. Ceh (_ _!)

Oh. Rindunya nak menulis. Rindunya nak membebel sorang-sorang. Rindunya nak perli orang dalam diam, bagi yang paham. Takpe la kita punya life syok sendiri dari tak sedar diri kan. Kalau syok sendiri, kita tak kacau orang. Kalau tak sedar diri ni, ENTAH!

Macam mana boleh muncul ni??
Ehem. Udah bisa online di kantor gue. Hewhew..  *dulu kena block! :'( *
Actually tak perasan pun internet dah available. Dok tengok email gile-gilos, tertekan gambar yang ada link. *accidentally* Then terkeluar something like website/blog. OH! Terus la meng'google'. BOLEH? Eh boleh laaaaaaaa.....


[[ Inilah gambar yang dimaksudkan. Cuba teka real ke tak ulaq ni? ]]


Ha ceritanya gitula. Hehe.

Tapi buat masa ni just 3 orang je yang dalam ofis ni tahu internet boleh guna dan akulah orang pertama yang tahu. HAHAHA. Membanggakan ke? Eh!
Mula-mula macam batak la sekejap. Hasyik nak honline je. Yela. Before ni cuma  Maybank2u je boleh access sebab gaji masuk Maybank. Sekarang dah tak berapa nak batak sangatla. Eley. Sebenarnya sebab hujung bulan, mak busy la sikit noq. Semua pun nak buat closing. Hadey!

OKAY. Kerja time. Kena chow sudah. Lepas pukul 6, baru kita bersuka ria ye. Konon rajin la buat OT kan. Upss! OT tu bukan OverTime tapi OnlineTime. Hihiks.

Kbai~
.
.
.

EHH. Dah teka ke ulaq kat ataih nu betoi ka dak?


[[ Ni kek je wey. Seram mak nak makan noqq! ]]


Sunday, April 15, 2012

[kata aku!] Chenta oh Chenta



Assalamualaikum....

Ye. Ini adalah entri pertama dalam tahun 2012. Perghhhhh... Lama suda tidak mengupdate. Malas la sebab laptop pun problem. Nak bukak tu takboleh. Nak bukak ni takboleh. APTB!

Urmmm takde benda sangat nak cakap pun. Life setakat ni ok la. Boleh control lagi. huhuhu.. Okay2. Masa tak mengizinkan bercakap banyak sangat.

hmmmmm....

" Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh akan selalu bersama cinta "


#renung-renungkan~ Kbai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...