Wednesday, June 29, 2011

keliru



apa masalah aku sekarang haaaa? haish!

apa penyelesaian terbaik?

berpisah? teruskan? berdiam diri?

*
*
*
BERPISAH?

uppsssssss....

perpisahan ada kebaikan/kekuatan dan ada keburukan/kelemahan.

kebaikan/kekuatan..
kau tak perlu nak bersusah payah fikir pasal dia, kau tak perlu bersusah payah nak berkorban, nak menipu and buat everything demi dia. tak perlu. hidup dengan haluan dan cara sendiri.

keburukan/kelemahan..
kau akan merana. cakap mulut boleh lupakan dia tapi dalam hati 8 tahun pun belum tentu kau dapat lupa dia. mungkin dapat tapi sedikit sebanyak ada jugak kenangan yang tinggal dalam ingatan. percayala. dalam proses nak lupa, wujud rindu. benda-benda ni yang akan bermain dengan kau.


TERUSKAN?

mungkin akan jadi lebih baik, mungkin jugak akan jadi lebih teruk. andai kata jadi lebih baik, kau akan bahagia. misal kata jadi lebih teruk, kau akan lebih merana. sah-sah dalam masa sekarang pon kau tengah merana. dalam luka, ada jugak suka. ada jugak bahagia. walaupun kau makan hati, tapi kau tetap ada dia yang kadang-kadang bagi kau gembira.


BERDIAM DIRI?

membatu? wait and see? tengok aksi? aksi diduakan, drama dan sebagainya. kalau aku lelaki, aku dah dipanggil dayus! hmmmm... berdiam diri untuk berfikir? berdiam diri untuk membuat keputusan? sambil kau berdiam diri pun kau boleh merana la. sebab kau diam bukan beerti kau tak nampak betul tak?


jadi, aku perlu membuat keputusan. untuk kebaikan aku dan bersama.
tapi setakat ni aku tak mampu nak bagi kata putus. aku tak mampu nak buat keputusan. tak mampu nak berfikir. terlampau banyak masalah lain. serabut! aku dilemma. aku nak kau tapi aku taknak diduakan dan disakiti. macam mana? hmmmm...

so........


lu pikir la sendiri...aku malas pikir lagi!

HAHAHAHAHAHA

#tahapehape. mental sangat dah!


pssssstttttt # macam biasa! dah memang jadi tabiat. terjaga sebab merindu. 
aku rindu kau. siyes! bukan kau sekarang. kau yang dulu. kau yang cuma ada aku. kau yang aku betul-betul paham. kau yang betul-betul kau!

sedar diri



entri aku cakap pasal emo tu macam sia-sia je.
last-last aku emo jugak. HAHA..
curah air ke daun keladi betol!
nak buat macam mana..
emo dengan aku sekarang ni macam tak boleh nak dipisahkan lagi.
kamceng abes.
semuanya sebab hati.
hati yang disakiti.

*
*
*

hmmmmmmm....
jauh aku berjalan untuk mencari jawapan.
dan.....
setelah aku renung-renungkan, aku sedar diri.
aku ni bukan sape-sape dan tak penting bagi sape-sape.
aku ni bukan sempurna dan tak boleh nak menyempurnakan.
aku sedar diri. ye aku sedar diri aku siapa.
aku tak ada ape-ape.
aku tak ada kuasa.
aku tak boleh buat ape-ape.
aku tak boleh tolong ape-ape.
aku tak boleh nak senangkan sape-sape.
aku tak boleh bahagiakan sape-sape.
aku tak boleh nak ubah ape-ape.
aku tak mampu nak beri ape-ape.

sekarang, aku hanya menunggu.
menunggu sebuah jawapan.
jawapan yang dah ada pada aku.
jawapan yang benar-benar pasti.
cuma aku perlukan penjelasan.
tolong! tolong berterus-terang.
aku sangat sakit.
sakit ditindas.
sakit disakiti.
terus dan terus.
hmmmmmmmm.....

YE.
AKU SEDAR DIRI.

awak, maaf.






psssstttttt # ehemmm... baru balik! bejalan tanpa arah tujuan. mencari jawapan.. 
aku rindukan segalanya!


 

Tuesday, June 28, 2011

[music & video] Kalau Cinta



[[ ni je yg ade. tak berjaya jumpa yang lain. layan saja! nwy, good try broooo.. huuu~]]

.
.
.

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Sebagai ratu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Telah ku percayakan
Hati ini padamu
Maka kita tak saling risau
Risau risau risau

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Di lubuk hatiku
Adalah kamu
Yang aku perlu

Seluruh jiwaku
Hanya dirimu
Yang aku mahu

Kau ku perlu
Kau jiwaku
Kau cintaku
Kau ku rindu
Kaulah ratu

Kaulah ratu
Kau kau cintaku
Kau ku rindu
Kau jiwaku

.
.
.

psssttttt # tibe-tibe anak buah aku menjerit. baru nak layan mamat tu nyani. ceh.. tekejot aku! sekarang aku dah jadi baby sitter. harap maklum.

emosional 2




AKU BENCI KAU!

AKU BENCI KAU! 

AKU BENCI KAU!

KENAPA? KENAPA? KENAPA?

KENAPA MESTI TIPU DIRI SENDIRI?

KENAPA MESTI TIPU AKU?

KENAPA.........................

I HATE U!

I HATE U BECAUSE I LOVE U SO MUCH!

AKU BENCI KAU!

AKU BENCI KAU SEBAB AKU SAYANG SANGAT KAT KAU!

TERIMA KASIH.

AKU BOLEH PERGI.

AKU AKAN PERGI...........




 

Monday, June 27, 2011

emosional



harus ke nak emosional?

best ke jadi emosional? 

tak payah nak emo sangat la weiiii..


tak kemana pon

relax relax sudaaa..

nak gelabah ape

nanti sape pon tanak kawan laaaa

sudah ok!


chillex~

#cakap depan cermin. tahapehape!





telinga



mood :  wanna stand in rain so that no one can't see my tears.

ABC. jadi mood tak menentu. tak ada siapa yang salah.

suka? bagus.
sedih? jangan.
ketawa? ouh silakan.
menagis? takde masalah.
luar sedih dalam suka? pelakon.
luar ketawa dalam menangis? perlu satu telinga. cukup. nanti gila!

simpan dalam, nanti mati yang di dalam.
bila yang dalam keluar, luar dan dalam senyum juga ketawa.
lega. sangat.

tapi..
bila telinga yang satu pergi?
hmmmm.. sedih lah di luar, menangis lah di dalam.

kuat. tabah. sabar. sifat mak tu.
perlu ada. boleh! mesti.

*hmmmmmmmm... berat.*

biarkan
telinga yang biasa menadah bila tiada tadahan akan mencari tadahannya.
tapi telinga yang dipunya, mungkin mencari. mungkin buat tak reti.
rindu pada tadahannya mungkin ada. juga mungkin tak ada.

jangan dipaksa untuk ada. nanti luka dan duka.
biar dengan rela. nanti akan suka dan ketawa.

ouh.
teman ketawa teman duka. ada.
tapi.. sukar dicari. senang lari.
tak semua.
kadang sukar dicari kekal sampai mati. sehidup semati kau dihati.
telinga yang berkualiti. *senyum*


cuma sorang? tak apa. biar ada.
ramai? kau juga hati mulia.

orang buta biasa boleh mendengar boleh berkata-kata.
orang bisu biasa boleh melihat tapi tak boleh mendengar.
mulut dan telinga. bersangkutan.
bila mulut kerjanya bicara, telinga pula kerjanya mendengar.
bila mulut tak boleh berkata, telinga tak ada apa nak didengar.

jadi ..
mulut lawan telinga. telinga lawan mulut.
jangan mulut lawan mulut.
nanti tak kemana. lain pula jadinya.

alamak. double meaning pulak macam Balas Maharajalawak.
alaa yang satu itu boleh bila terlampau banyak bicara. senang je caranya.

" kissing is the best way when words become superfluous " *qoute rekaan sendiri. HAHA*


*merenung. hmmmmmm... sekali lagi.*

aku sedang melayan air mata luar dan dalam.
tandanya..
telinga sudah tiada. eh jangan serkap jarang. nanti barang yang ada, melayang. bertambah terhuyung-hayang.

ok cuba positif.
telinga tu ada tapi cuma perlu masa dan ruang mungkin.
telinga tu pun ada ketawa sedih luar dan dalamnya juga.
paham ye.

ye. telinga aku masih ada. dia dekat. sangat dekat.
cuma aku perlu paham.
paham dengan situasi. paham dengan keadaan. paham dengan perubahan. paham untuk melayan.
telinga kat sini pun ada kan....

em nak jadi macam mak.

*senyum*

maaf awak.




psssstttt # terbangun tibe-tibe sebab rindu tu dah macam nak jadi tabiat pulak. arini pon. betul-betul rindu ni. rindu masa dulu. sumpah. 

Thursday, June 23, 2011

tarik <-----> tolak



[[ ada idea tak apa yang aku nak maksudkan dengan gambar ni? ]]


hmmm.. tadi aku pegi settlekan tanggungjawab *chewwah* aku kat Maybank. masuk-masuk je tengok baris mak aih punya la panjang. semua pakat nak langsaikan hutang ke apa ni.. biasa baris kat mesin ATM yang panjang, ni CDM lagi panjang. bagus orang-orang Bangi ni.

aku macam biasa kat mana aje jadi buat aktiviti menyebok sana sini. cuma takde geng je sekarang. bergerak sorang-sorang. kalo mase study dulu, geng aku tak lain tak bukan, Yan, Cda, Anne, Nadia! ni semua kaki-kaki menyebok punya. awas yaa! HAHAHA.. *bangga sikit aku sebot nama korang ni.. bukan senang!*

eh balik pada topik. aku jadi orang terakhir dalam barisan tu setakat ni. so makna katanya, lama lagi laaaa.. haish! em tiba-tiba ada handphone berbunyi. dengan lantangnya, " haaaa ye. saya dah buat kertas kerja tu semua. tinggal nak bagi kat pengrah je. kendian kita bla bla bla.... " siyes lantang gila suara pakcik-baju-batik selang dalam 4 orang dari aku. memang suara dia jela yang dengar. hmmm... orang kita!

emm positif ye. may be orang dalam fon tu tak dengar kot pakcik-baju-batik ni cakap. dia suruh la pakcik-baju-batik ni kuatkan volume.

eh lari tajuk lagi. HAHA. tu sambil-sambil je. aku lebih tertumpu pada pintu. setiap kali orang masuk mesti ada bunyi "gedegang". pastu baru pintu terbukak. nak tau sebab ape bunyi macam tu?


haaaaa... sign ni kalau baca dari dalam Maybank tu. so kalau dari luar, agak-agak korang dia tulis sign ni jugak ke? haaaa ini yang kita taktau! HAHA.. *teringat cerita Los n Faun*


boleh pulak la kan kalau dari dalam tulis push, dari luar pon tulis push kan. agak-agakla.. dah confirm-confirm tulis sign yang ni pulak kan. memang la dorang taktau apa yang tulis kat dalam tapi tau apa yang tulis kat luar kan. ni gambar sebagai contoh je.

jangan nak tipu la kalau kata tak paham kan. kat Malaysia ni baiii. terang-terang bawah tulisan BI tu ada tulisan BM pulak. siap kadang-kadang ada bahasa cina, arab bagai. haaa apa lagi nak?!

kat Maybank tu pulak pintunya bila suruh tarik, memang kena tarik. tu yang bunyi gedegang setiap kali orang-yang-tak-nampak-dan-tak-paham tolak pintu tu.

ini lumrah manusia. apa yang tak boleh, itu yang nak dibuat. apa yang dilarang itu la yang macam disuruh-suruh. kerajaan dah bagi arahan, ikot la. *mak aihh. gile tibe-tibe. HAHAHA..emo pulak! aku pon tak sure apa kaitannya..*


haaaa pernah nampak sign ni? KOC WANITA. tengok tu. 1 Malaysia. semua bahasa ada. tak paham lagi ke? dah. jangan bayak cakap. alasan je semua tu. *wahhh emo lagi kau! HAHAHA*

bagi yang tak pernah naik KTM, mesti tak pernah nampak sign ni.bagi yang biasa ulang alik pegi mana-mana dengan KTM, sangat familiar la dengan sign ni. sign ni ada kat gerabak KTM je setakat ni yang aku tau laa. lain-lain public transport ada jugak tapi lain pulak la ucapan dan arahannya. HUHU..


hmm tengok la yang ni. agak-agak bangsa apa? haiyaaaaa..... orang buat arahan,peraturan mesti ada sebabnya kan. so ikot la... *tengah cakap depan cermin... HAHAHA*

memandangkan aku dah nak kena gerak bawak anak-anak buah aku pegi taman, so sampai sini je aku nak bebel. sekarang masanya untuk aku usha-usha apa yang patot, nak luaskan lagi pandangan juga pemandangan tentang alam sekitar dan masyarakat. *ayat macam gamp poyonyee..* macam biasa! pegi mana-mana, aktiviti menyebok tak kan pernah aku tinggal. harap maklum! gua beram.....~




pssssttttt # aku berjuang gile nak abeskan cerita ntuk entri ni. anak buah aku dah menyalak nak ajak pegi taman. hmmm maksu yang baik perlu dicontohi ramai yee. aku belikan air vitagen ingatkan taknak bagi gaduh, rupanya jadi pergaduhan besar sampai gigit menggigit. haish! budak-budak.

psssssttt lagi # aku rindu kau la. saja nak ego. hahaha taknak kalah kan. bese!


fenomena ANGRY BIRDS!



pelik aku tak tido lagi kan. HAHA. macam bese la. aku kalau dah terjage, nak tido balik, payah sikit la. lagi-lagi dah adap pulak laptop. apa pun tak jadi dah.

hmmm... sedang aku jalan-jalan di alam maya tadi, aku terjumpa gambar aku pegi mandi sungai baru-baru ni dengan 'kawan-kawan' aku. huhu.. aku tak mandi pun. malas. emm nama tempat tu aku lupa la. tapi yang pastinya belakang Zoo Negara. go stret dun belok-belok, haaaaa jumpa!

[[ angry waniey vs angry bird! HAHAHAHA.. 
aku meng'lomo' kan gamba nii. saja taruk efek ni sebab dah sekian lama aku cari macam mana efek 'lomo' ni.. tibe-tibe jumpa. so aku apply kan la kat gamba ni.. sebab KAGUM! heee~ ^o^]]


***********************
haaa... la ni kebanyakan student-student, kaki-kaki game, pembosan-pembosan tengah dok sakan melayan game ni. ANGRY BIRDS! termasuk la aku. dan jugak anak buah aku. bese! tanak kalah.. 

apa yang bestnye? kalo aku main game ni, cepat je fed up. sebab asyik failed je. menyampah betul. haaaa tapi kat sini la letaknya motivasi. never give up. try harder. selagi kau tak lepas level tu, selagi tu tak boleh naik level lain. macam haram! tengok! game pon ada baiknya tau. 

ANGRY BIRDS ni mainnya bukan la susah sangat. main lastik babi guna burung. itu je. simple je bunyinya kan. ce try main. memang la ada sesetengah orang akan cakap, alaaaaaa game budak 5 taun. tapi level by level ada susah senangnya. bagi aku game ni kena ada strategi. so kena berfikir la jugak. tapi takde la sampai pikir sangat-sangat bagai nak rak macam nak berperang betul dengan babi-babi tu. baik tak payah main game kalau gitu gayanya. kata main game ni nak release tension. ni bagi lagi tension, apa jadahnya...



disebabkan aku rasa burung-burung tu macam comel-comel cute-cute aje, so aku rasa macam nak buat koleksi. tapi burung jela. babi aku taknak la buat koleksi. HAHA.. so far yang merah dan biru aku dah ada. sekarang target aku yang kale kuning dengan puteh. ehhh semua la aku aim. em tapi nanti-nanti la. duit nak makan pon tak lepas, lagi nak beli burung. kalau bole buat lauk takpe la jugak ye dak...

urmm.. aku rasa aku perlu layan seepisod dua lagi cite tlw la. lepas tu, sekian harap maklum! nanti tengah hari aku celik balik InsyaAllah. kenapa aku relax je? sebab kalau orang keje, aku cuti. kalau orang cuti, aku mesti la cuti jugak. WAHAHAHAHA...

sudah! aku gerak dulu. gudbaiiiii.
.
.
.
.
psssstttt # masa sahur tadi, sembang dengan nyah. [kakak aku] tibe-tibe termasuk cerita pasal keje aku. aku pun cakap la kalau keje kat situ, masa solat dorang bagi dalam 12 minit je. masa tu la nak pegi solat plus kencing ke melabur ke.. sempat? masuk kpi pulak tu kalau exceed limit. kalau kena time keje nak kena solat asar dan mahgrib, ape cer? so nyah cakap, "baik benti keje je kalau dah macam tu. pegi cari keje lain." CANTEEEEKKKKKK!!!!


I Miss



terjaga dari tido. tibe-tibe.

sebab?

mimpikan dia.

hmmm....

saya rindu dia.


saya rindu sayang saya.


saya rindu segalanya dekat dia.


saya rindu semua ketika dengan dia.


ouh. saya sangat-sangat rindu dia.

hmmmmmmm...

[[ can't say anything. just three words. I miss U ]]

[[ miss yours. everything! ]]


pssssttttt # kena tengok cite dulu la baru bole tido balik macam ni. huu~ #


hari ini hari terbaik...zzZZzzZzZZzz~



ehemm.. kalau ikotkan date, ni semalam punya cerita la. dah termasuk 23hb pulak. mana tak nya, anak buah aku tak abes-abes maksu sana, maksu sini. yang aku sempat taip, ehemm je. ada je benda yang dia nak. ni laptop ni pun dia yang baru lepas guna. budak 2 taun setengah dah pandai guna laptop. kagum tak haaa... dok adap cerita otromen tiga la, dyna la, kat YouTube. harini dia mintak nak tengok cerita lain pulak sebab nampak iklan. em cerita transformer 3. bagi tengok thriller jela. ni la budak-budak zaman sekarang. canggih!

harini hari terbaik aku? HAHA.. sebabnya aku bantai tido sampai tak ingat dunia. mangai betol! celik mata, tengok jam handset [cepat 10 minit] dah pukul 4.01pm. MELAMPAU KAU!

alaaaa aku start tido pun lepas subuh. lajak la sampai petang. kononya nak cukupkan 6 jam or 8 jam sehari tido. nak dapat tido berkualiti. ceh! alasan. tapi bukan la tak sedar langsung. sedar je. macam bese anak buah aku tak boleh nak tengok aku senang sikit. dia kejot aku suruh potong kuku dia la. siap aku kena baling dengan kepit kuku tu. derhaka betol! HAHA.

emm dalam pukul 9 aku tetibe tersedar. terasa macam bahang semacam je. rupanya letrik takde. eleeee... ada apa-apa effect ke kat aku kalau letrik takde? aku tetap tido lena. WAHAHA...

dalam pukul 12 terjaga lagi sebab rasa macam sejuk pulak. ouh, letrik dah ada balik. aku pun siap tarik selimut balik la. anak dara. anak dara. haish. apa nak jadi!

ni la padahnya kalau dah keje bagai nak rak, dapat tido, haaaa hambik kau! pulun abes. masalahnya buat keje ke malam tu? takde maknanya. baik je aku layan cite TLW. the liverpool way..wahhhh~ eh bukan ye. hmmm boleh tahan citenye! *ada maksud tersirat ke?HAHA*. aku dah lama tau pasal cite ni. dah penah tengok before this tapi tetibe je malam tadi aku nak layan lagi. HUHU.. tade keje cari keje. bese!


kesudahannya, aku rindu dia. hmmmmm ='( *tibe-tibe je!!!*

*
*
*
*
*

[[ some pitcas of tlw ]]

[[ i like this! cantik macam mata dia.]]

[[ i like her smile and her face as well]]

[[ "yes i know. u're mine!" chewwah.. shane really HOT!
*doesn't mean anything oke!*]]

[[ ummmmpphhh.... ]]



pssstttt # harini hari senyap aku jugak. senyap dengan dia. sebab dia senyap dengan aku. ntah ape hal. suka ati la. yang penting kaU bahagia! 

psssstttt 2 # i think anyone who watch this movie have their own opinion about everything. and i've mine too.

Wednesday, June 22, 2011

[music & video & cerita] CINTA MATI



# CINTA MATI #


Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

*****************************************
*
*
*
*
*
*
*
*
*****************************************
ni mesej nak di sampaikan secara tak langsung ye. 

***********************************
ouh ade cerita sikit pasal hari ni. tadi aku pegi ambik IC sebab aritu pegi tukar, cip rosak. masa tengah tunggu turn, aku tengok-tengok sekeliling JPN tu. hmmm berkata hati aku " macam best pulak keje kat sini! ". balik je aku pun check SPA. ouh aku memang ada minta baagian pendaftaran. HAHA aku pun tak paham ape tengah aku merepek ni. haish!

lepas tu, aku pegi Bank Islam. dengan yakin boleh, aku terus ambik no giliran. tak tanya langsung dengan akak kaunter pertanyaan tu. haa kalau ada sape-sape yang pernah berurusan dengan Bank Islam mesti tau macam mana nak guna mesin ambik nombor giliran. dia akan mintak masukkan IC. tapi tak tulis pulak wajib. aku mana tau okay! maklum la baru dapat IC baru, nak try test tengok la dengan mesin tu. aku pon masukkan la. lama dia read. benda baru la katakan. ceh. pastu berjaya la keluarkan nombor tu. 

dah. aku pegi lepak tunggu turn. biasala mana senang hidup kalau tak menyebok hal orang. aku pandang kiri kanan, semua orang ada pegang kertas la, ape la. aku je takde ape-ape. relax! hmmmm... tak boleh jadi ni. lagi 2 orang, sampai la turn aku. aku pon bangun. pegi kat kaunter pertanyaan. ade 2 orang makcik tengah berurusan. aku tunggu la. dalam hati " makcik-makcik ni sekejap je kot.. ".

tunggu punya tunggu dekat nak setengah jam. hampeh betol! giliran aku sah-sah la da 8 taun telepasnye. haish. bikin panas. dah makcik tu settle, aku ke depan la. tak sampai 2 saat pon. chait! baik aku pegi mencelah tanya sat kat akak tu. takpe-takpe. belajar bersabar tu. nama pon kat Bank Islam. ce jadi orang Islam sikit. HAHA..

ala.. tak settle pon aku kat Bank Islam tu. ade pulak benda tak cukup. then aku gerak pegi kat " kawan " aku. nak ambik benda yang tak cukup tu. dah sampai, aku lepak dulu dengan dia. bisik-bisik sikit gosip yang ada. aihhh lumrah la tu. HUHU.. tapi jumpa tak lama. ada orang jadi 'jaga' pulak. apa benda la kau kan! takpe. aku tade hal pon. asalkan dia usik aku, aku biarkan je. padahal dalam menyirap aku je yang tau tahapnya. haish! 

apa-apa pon mesej lain yang aku nak sampaikan ialah...................
rindu terubat!

HAHA buat kelakar kan. apa benda merepek la ntah. perot kenyang mata luyu, macam ni la jadinya. gua perlu beram dengan kadar segera.

adiosss~




psssstttt # anak buah aku nak tido ngan aku malam ni. aku halau dia balik bilik mami dia. mengamuk-ngamuk.  aku lari masuk bilik air. keluar-keluar tengok tilam, bantal n selimut dia dah ada sebelah tilam aku. mami dia bentang. malas nak bagi dia meragam. elok aku keluar ayat, " adik betul ke nak tido ngan maksu? haa tido la.. ". terus dia angkat bantal,selimut, tilam balik ke bilik mami dia. saja! nak kena ikot cakap dia, sedapkan hati dia. lepas tu tengok kan aje ape dia nak buat. ni peel besar kepala punya! lumrah anak kedua. macam-macam hal. huuu~ #



Tuesday, June 21, 2011

belajar menghargai




































hi

hmm saje nak share pasal menghargai sesuatu.

bagi aku, menghargai sesuatu sangat besar maknanya. lagi-lagi mengharai pemberian orang. untuk menghargai sesuatu, tak semestinya kita kena balas sebijik sejibik macam apa yang orang dah bagi/buat pada kita. cukup la dengan terima kasih. dan cara berterima kasih pun kena la ambik berat jugak. kalo setakat cakap kat mulut " thanx babe " sambil tu mata pandang lain, pastu bla gitu biar dia ni terkontang-kanting, nak buat apa. tacing si pemberi tu. *cakap berdasarkan pengalaman. HAHA*
nak cakap tu biar la ikhlas sikit. dah la kau tak bagi apa-apa kat dia, tibe-tibe terima kasih pun macam nak tak nak je. belajar jadi ikhlas. dah sah-sah nanti si pemberi pun ikhlas nak bagi. betul tak?

siyes. pemberi biasanya bukan nak mengharap sangat dia dapat balasan apa-apa dari apa yang dia bagi [tak semua orang laaa ] tapi jauh di sudut hati dia nak orang tu hargai apa yang di bagi, apa yang dia buat. macam aku cakap tadi, thanks pun suda cukup. huhu

lagi satu. ni memang lumrah hidup. manusia hanya akan menghargai sesuatu or seseorang kalau benda dah takde. kalau orang tu dah takde, time tu baru rasa menyesal, baru rasa nak menghargai dia. lepas tu keluar la ayat-ayat yang seumpama ni; "nape la aku buat dia macam tu.. nape la aku tak pernah hargai dia masa dia ada dulu.. " rasakan la. benda dah tak guna. dah teratuk baru nak terngadah. nasi suda pun jadi bubur. silap haribulan, nak mintak maaf pun tak sempat lagi nak berterima kasih. macam mana.

so, aku nak nasihatkan dan nak ingatkan diri sendir jugak, selagi kita hidup ni cuba la untuk menghargai sesuatu pemberian dan hargai la si pemberi tu. lagi-lagi benda yang dibagi tu kasih sayang, cinta, kepercayaan dan macam-macam lagi la. *HAHA kering!*
dalam ape pun yang kita buat pada orang atau orang buat pada kita dan setiap kejadian yang berlaku, kita kena hargai. tak kira la benda tu buruk atau baik. sebab kita taktau hikmah atas setiap kejadian yang berlaku. CUBA hargai setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. chaiyok!

*
*
*
*
*
*

QUOTES TO BE SHARED


“ We tend to forget that happiness doesn't come as a result of getting something we don't have, but rather of recognizing and appreciating what we do have.”





" Appreciation is the highest form of prayer, for it acknowledges the presence of good wherever you shine the light of your thankful thoughts."
Alan Cohen



" When one's expectations are reduced to zero, one really appreciates everything one does have." 
Stephen Hawking

[[ saya paham ni awak. HAHA.. ]]


pssstttt # tadi siang aku pegi tengok dia main squash. first game ni. woooww.. bagus sekali. bagus kan aku bagi sokongan moral depan-depan lagi. wahaha perasan! tandanya? tanda la sendiri. HAHAHA. #

Saturday, June 18, 2011

PERAMPAS! tak paham kenapa wujud kau ni..

 

hai

hmm... sekarang aku di perantauan. tak jauh pon tapi cukup jauh la dari kampung halaman. hehe.
aku nak cerita life aku kt sini macam mana semua tapi esok la. sekarang aku lebih berminat nak cerita pasal perampas.
********************

PERAMPAS. orang ketiga yang tiba-tiba wujud dalam satu-satu perhubungan.
ada sape-sape yang pernah jadi perampas? or pernah jadi mangsa rampasan?
sekarang aku mungkin dalam situasi mangsa tapi aku pulak dituduh pemangsa. gila punya perempuan!

perampas ni banyak maksud tapi aku nak cerita pasal perampas kebahagiaan orang.
perampas ni biasanya tak boleh nak tengok orang lain bahagia, suka menghancurkan hubungan orang lain. tak kesah la hubungan suami isteri ke, balak awek ke, BFF ke... sama je. dengki sangat tengok orang tu bahagia dengan orang yang dia sayang.

aku sebenarnya pelik kenapa dorang ni wujud. tak rase macam tak malu ke nak rampas hak orang jadi hak sendiri? siap mengaku dia bukan perampas tapi kita yang merampas. jadahnya la..

zaman sekarang ni even kawan baik sendiri pon boleh jadi peramapas; kawan makan kawan. tapi biasanya perampas ni dikalangan perempuan. lelaki jarang la kita dengar jadi perampas. yela. akhir zaman. perempuan lebih ramai dari lelaki. apa nak direbutkan sangat kat perempuan yang sorang ni kan. baik la kau cari perempuan lain. besepah-sepah lagi yang baik-baik.

apa la perasaan si perampas ni kan? bangga kot dapat merampas hak orang. "haaa aku dapat. padan muka ko tak dapat. HAHAHA.. *gelak jin pon keluar*". best la kot ye! tak fikir perasaan orang yang kena rampas ni. padahal sama kaum. sepatutnya boleh rasa perasaan orang yang kena rampas ni. rasa kesian jela tapi ko tetep merampas. prinsip tanak kalah konfem ada la dalam manusia jenis ni. peduli apa orang lain nak cakap. yang penting aku dapat. tu la gamaknya. hahahaha. aku pon tak tau la. aku tak penah rasa perasaan seorang perampas.

tak pe. Tuhan Maha Adil dan Saksama. setiap perbuatan baik atau buruk pasti ada balasan. tak kira la on da spot dapat or ambik masa yang panjang untuk dapat balasan tu. kata orang " semua yang jadi mesti ada hikmah". kau tak kena time ni, suatu hari nanti mesti kau akan rasa sama macam apa yang kau dah buat pada orang. mungkin lagi teruk. tunggu jela. so kalo macam tu, kita just doakan hidup si perampas ni bahagia sahaja.

ni cerita pasal perampas. cerita pasal orang yang dirampas pulak. kiranya orang kedua dalam satu-satu perhubungan.

kita tak boleh nak salahkan si perampas 100%. yela. " kalau bertepuk sebelah tangan masakan akan berbunyi" betul tak? " tak kan bergoyang pokok kalau tak ada angin yang meniupnya". orang yang dirampas ni, orang kedua ni pon sama je. kalo dia ni tak melayan, ada orang ketiga ni tangkap cintan kat dia? orang ketiga jual minyak, tanpa ragu-ragu orang kedua pon test minyak. tapi minyak orang pertama still dengan dia. adil ke buat orang pertama macam tu? betul-betul mengajar orang pertama simen berinci-inci, paku dalam-dalam, gam and salotep kuat-kuat *kampung abes* dinding kesabaran dia supaya tak runtuh.

aku tak pernah pulak jadi orang kedua ni. tapi aku rasa, dia ni tamaktamak merebut kasih sayang. dua-dua dia nak. dua-dua dia taknak lepas. of cos yang pertama dia taknak lepas sebab orang pertama dia memang in love abes, memang tak sanggup berpisah tapi dalam masa yang  sama dia taknak kehilangan orang ketiga. mungkin dah jatuh sayang sikit kot.emmm bajet pon ada jugak la. bajet hot. jadi rebutan. " kau ada orang nak rebut-rebut dapatkan kau? haa ade?" em ada orang yang sanggup gaduh, menangis, makan hati nak kan dia. sungguh tak kuat iman mereka ni. kena goda sikit, dah goyah. haish. apa la nak jadi!

eh ni opinion aku je. random. tak de kaitan dengan sapa-sapa kecuali yang tergigit cabai.

okay. now bagi pihak mangsa perampas a.k.a orang pertama.
kesian kan mereka ni jadi mangsa keadaan. apa yang dorang ni buat sampai jadi mangsa? ouh sebab taktau jaga orang yang disayangi? maacam tu ke.....

aku sekarang dalam posisi *chewwah.. da macam main bola pulak* mangsa. aku taktau apa yang aku dah buat dengan mereka-mereka tu. aku penah jadi perampas ke? macam tak pulak. taktau la pulak kalau tak perasan. sekarang ni aku sedih. kecewa. mental. plus. plus. plus. semua bercampur-campur. malas nak fikir tapi otak still berfikir. aku kena give up ke? or teruskan? or just wait and see? apa yang aku dapat nanti kalau aku tunggu? apa pulak yang aku dapat kalau terus stay? biarla masa yang tentukan. 


jadi orang pertama ni sumpah aku cakap kena kuat, kena sabar. kalau dah tahap kesabaran dah macam hinggus dibibir hidung *ape punya peribahasa la* , kena buat keputusan yang sangat-sangat tepat untuk elakan diri merana. ala.. jadi mangsa keadaan ni pon dah cukup merana. setiap hari makan hati. tengok hak sendiri kena rampas. plus selalu kena serang dengan orang ketiga. betul tak? takde buat apa-apa ni tiba-tiba orang ketiga lempar ayat " dah-dah la kau. give up je. dia akan jadi hak aku jugak!". pulak dah! tak pon " kau yang rampas aku dari dia. sepatutnya dia dengan aku bukan dengan kau." haiyaaa... betul-betul mangsa kan.

serangan mental pulak " dia lepak dengan aku sekarang ni. dia gembira sangat dengan aku. dia cukup bahagia dengan aku. aku rasa kau paham kot." sekali-sekala mangsa akan moral down jugak. sapa cakap hati tak sakit? sapa cakap boleh sabar? ye memang boleh tapi makin lama makin nipis la sabar tu kan.

whateva la. malas aku nak cakap dah. *HAHA bukan malas tapi sakit hati. emo sikit di sini ye*

#KOMEN AKU#
wahai si perampas, aku just nak ingatkan, sekali kau buat macam tu kat orang 10x kau akan dapat balasan. teruk tak teruk tu bukan kerja aku.

wahai si orang tengah, orang kedua; fikir la sebelum buat sesuatu. fikir perasaan orang yang disayangi tu banyak-banyak kali sebelum menduakan dia. berdua lebih baik.

wahai mangsa-mangsa, bersabar. jangan buat benda bodoh. itu je.

***************************

emosional aku cakap pasal benda ni. maklumla tengah alami.
penat sangat jadi mangsa keadaan ni. nak kena jaga hati sendiri. nak kena sedapkan hati sendiri. hari-hari! taktau sampai bila. hmmmmm....



psssstttt # dah seminggu demam tak baik-baik lagi. sebab? masalah ni, masalah kewangan, masalah kerjaya. macam-macam. mana la nak sihat kalau dah banyak sangat masalah. kena handle sorang-sorang. selalu boleh share tapi tempat share prob sekarang dah bertambah tanggungan, takde masa lagi la untuk aku.. #



: : awak. saya dah cukup paham tapi saja buat-buat tak paham. just nak kan perhatian but at last kena marah balik. fine la. buat la apa yang awak suka asalkan awak bahagia. saya suka tengok awak bahagia walaupon saya sengsara. takpe. : :



Sunday, June 12, 2011

merantau dan ..... [ ape yang aku maksudkan dalam entri kali ni? ]


SALAM
aiiii..
just nak bagitau aku akan merantau. HAHA =D
tu pon nak habaq!

hmmmm....
aku merantau bukan bemaksud aku lari dari masalah cuma nak mencari ketenangan mental, jiwa, rohani dan yang paling penting nak cari semula diri sendiri. hahaha. itu pon kalo sempat. kalo dipanjangkan umur InsyaAllah.

ala macam tak update blog je..
ye saya update la nanti.
nak share jugak pengalaman hidup di tempat baru. konon! gaya nak pegi jauh sangat je.
huhu =P
tapi kalo jauh macam mane?

hmmmmmmmmmmm........lagi! kali ni berat sangat. ntah kenapa..
dah la. pegi jauh-jauh la persaan ni tolong!

eh....
saya demam pulak. kalo demam ni buat entri ni jadi entri terakhir... jeng jeng jeng....
wahh takotnyeeee sayaaaaaaa........ banyak dosa ni. takan nak pegi bawak dosa? ouh tidak.
YA ALLAH amponkan aku dan dosa-dosaku.

jadi....
saya NORHAZWANI BINTI HUSIN memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan kepada sape-sape yang pernah mengenali diri ini. saya insan lemah dan banyak kekurangan.
kepada insan-insan yang disayangi, sesungguhnya aku amat menyanyangi kalian. umum je. yang rase aku sayang dia akan tau la aku menyayangi dia. hehe. belit-belit ayat!
tapi yang paling aku sayang dalam dunia ni mak aku la dan jugak ayah aku plus adik beradik aku. plus dia. dia sape? dia je yang akan tahu. hehe =P dan kawan-kawan baik aku jugak la..
saya sayang kamu-kamu sangat-sangat ketat erat rapat jitu utuh. halakan makan dan minum dan segalanya.

baiklah. dah macam hari raya pulak.
okay. aku nak tido dah
good nite.

SALAM.
.

.

.

.

.

.

.


# awak. saya suka awak la. saya sayang awak sangat-sangat. saya selalu tunjuk tapi mungkin awak tak perasan kot. " i'm sorry ". my bad. ape-ape pon saya just nak bagitau awak sebelum....hmmm,setakat ni awak salah seorang insan yang saya sayang sangat. hehehehe malu la! nak tengok gambar? ish tak bole la. die pemalu saya pon pemalu jugak. em saya tau saya tak bole hidup dengan awak sebab awak akan ade orang lain tapi perasaan sayang saya yang akan hidup dengan awak. jangan risau. hehe malu lagi. anyway thanks a lot sebab datang dalam hidup saya. saya mintak maaf ye. hutang awak, halal. hutang saya, nanti saya bayar la.  ala.. merepek ye? sory lagi. okay awak. thanks and sorry for everything. saya sayang awak. haaa lagu background ntuk awak. #


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...