Tuesday, June 21, 2011

belajar menghargai




































hi

hmm saje nak share pasal menghargai sesuatu.

bagi aku, menghargai sesuatu sangat besar maknanya. lagi-lagi mengharai pemberian orang. untuk menghargai sesuatu, tak semestinya kita kena balas sebijik sejibik macam apa yang orang dah bagi/buat pada kita. cukup la dengan terima kasih. dan cara berterima kasih pun kena la ambik berat jugak. kalo setakat cakap kat mulut " thanx babe " sambil tu mata pandang lain, pastu bla gitu biar dia ni terkontang-kanting, nak buat apa. tacing si pemberi tu. *cakap berdasarkan pengalaman. HAHA*
nak cakap tu biar la ikhlas sikit. dah la kau tak bagi apa-apa kat dia, tibe-tibe terima kasih pun macam nak tak nak je. belajar jadi ikhlas. dah sah-sah nanti si pemberi pun ikhlas nak bagi. betul tak?

siyes. pemberi biasanya bukan nak mengharap sangat dia dapat balasan apa-apa dari apa yang dia bagi [tak semua orang laaa ] tapi jauh di sudut hati dia nak orang tu hargai apa yang di bagi, apa yang dia buat. macam aku cakap tadi, thanks pun suda cukup. huhu

lagi satu. ni memang lumrah hidup. manusia hanya akan menghargai sesuatu or seseorang kalau benda dah takde. kalau orang tu dah takde, time tu baru rasa menyesal, baru rasa nak menghargai dia. lepas tu keluar la ayat-ayat yang seumpama ni; "nape la aku buat dia macam tu.. nape la aku tak pernah hargai dia masa dia ada dulu.. " rasakan la. benda dah tak guna. dah teratuk baru nak terngadah. nasi suda pun jadi bubur. silap haribulan, nak mintak maaf pun tak sempat lagi nak berterima kasih. macam mana.

so, aku nak nasihatkan dan nak ingatkan diri sendir jugak, selagi kita hidup ni cuba la untuk menghargai sesuatu pemberian dan hargai la si pemberi tu. lagi-lagi benda yang dibagi tu kasih sayang, cinta, kepercayaan dan macam-macam lagi la. *HAHA kering!*
dalam ape pun yang kita buat pada orang atau orang buat pada kita dan setiap kejadian yang berlaku, kita kena hargai. tak kira la benda tu buruk atau baik. sebab kita taktau hikmah atas setiap kejadian yang berlaku. CUBA hargai setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. chaiyok!

*
*
*
*
*
*

QUOTES TO BE SHARED


“ We tend to forget that happiness doesn't come as a result of getting something we don't have, but rather of recognizing and appreciating what we do have.”





" Appreciation is the highest form of prayer, for it acknowledges the presence of good wherever you shine the light of your thankful thoughts."
Alan Cohen



" When one's expectations are reduced to zero, one really appreciates everything one does have." 
Stephen Hawking

[[ saya paham ni awak. HAHA.. ]]


pssstttt # tadi siang aku pegi tengok dia main squash. first game ni. woooww.. bagus sekali. bagus kan aku bagi sokongan moral depan-depan lagi. wahaha perasan! tandanya? tanda la sendiri. HAHAHA. #

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...