Showing posts with label waniey.berucap. Show all posts
Showing posts with label waniey.berucap. Show all posts

Monday, October 31, 2011

sekadar berbicara..untuk kamu-kamu dan juga dia!

 ASSALAMUALAIKUM...

Hi. hehe kali ni punya entri khas untuk someone yang dah aku anggap sebahagian dari hidup aku. Dan untuk kamu-kamu yang lain jugak. Aku rasa terpanggil untuk berbicara kerana aku sedang menjaga dia; dirinya dan perasaannya. #cewahh. Jangan nak dalam-dalam sangat pikir la. Aku anggap dia ni macam family aku sendiri. Itu je. Saja kasi ayat gempak-tak-berapa-gempak-sangat-la sikit. HAHA =D

Lately dia ada masalah besar. Aku tau masalah tu. Melibatkan perasaan. Masalah yang sampai efek dia punya study. Aku jadi marah sebab dia yang aku kenal bukan jenis yang lemah tapi tiba-tiba dia lemah-selemah-lemahnya. Semuanya disebabkan mainan perasaan. Memang kita tak boleh nak salahkan apa sahaja perasaan yang lahir kat hati kita tapi ada caranya untuk mengawal kesedihan dan kelukaan. Semuanya terletak pada diri kita.

Itulah, lain kali time belajar, belajar je. Tak payah nak bercintan-cintun. Tengok sekarang! Nak salahkan dia pun tak boleh sebab bukan dia yang mintak perasaan tu datang. Dia sendiri pun tak bajet boleh jadi macam ni. Dari terus salahkan dia, marah-marah dia, baiklah kita tolong dia. Tolong dia jadi kuat. Tolong dia bangkit. Tolong dia positif. Tolong dia kembali ke track. Tapi serious cakap, aku memang boleh tolong 'cuci' otak dia tapi diri dia sendiri kena kuat untuk tolong diri sendiri. Kalau tak, bazir air liur jelaaaaa...

Dah berbuih aku nasihatkan dia nak naikkan semangat dia nak bagi dia kuat tapi dia still terpikir. Ye. Mulut kata " aku kuat! aku tak sedih. aku dah tak pikir " tapi hakikat dalam hati...? Apa-apa pun anggaplah aku membebel ni untuk mempositifkan fikiran dia dan jugak untuk teguran kat diri aku sendiri. Macam aku perfect pulak kan. haha =D

Oh adiku sayang...

Kalau kita nak lemah kita akan lemah. Tapi kalau kita nak kuat, kita akan kuat. Bukan maksudnya tak boleh bersedih, tak boleh menangis. Tapi kalau kita nak bangkit, nak bangun selepas kesedihan itu, kita boleh bangkit. Hanya kita yang tahu kemampuan diri kita. Kalau kita nak terus padam selepas kesedihan itu, kita boleh padam. Pilihan itu adalah pilihan kita sendiri.

Sama jugak situasinya kalau kita sampai kat satu simpang. Ke kanan menuju kebaikan, ke kiri menuju kejahatan. Kita yang menentukan arah tujuan kita sendiri sama ada nak ke kanan, yang kita sedia maklum banyak kebaikannya pada diri kita ataupun ke kiri. Kita berhak membuat pilihan untuk diri kita sendiri. Kebaikan yang dipilih, jadi hasilnya baiklah. Kalau kejahatan yang dipilih, jadi paham-paham sendiri lah. So, kalau kita nak kuat, maka kita boleh jadi kuat. Kalau kita nak lemah, maka lemah la kita.

Pokok tak akan membesar dengan kuatnya kalau akarnya tidak kuat mencengkam bumi. Jadi pokok pangkalnya adalah pilihan kita sendiri. Akarnya kuat, maka pokoknya juga akan kuat. Semangat untuk bangkitnya kuat, jadi kuatlah kita untuk bangun. Jadikan masalah yang datang tu untuk bagi kita pengalaman yang boleh mengajar kita untuk masa hadapan. Ambik masalah tu dari sudut positif.

Hmmm.. orang sekeliling memang boleh bagi sokongan, dorongan, motivasi tapi kalau diri sendiri yang pilih untuk lemah, takda siapa yang boleh tolong lagi. So tolonglah. Tolonglah diri sendiri. Sayang diri sendiri. Sayang hati sendiri. Fikir yeeeeee.. hehe =D

" Kadang-kadang kita tak mampu mengubah apa yang ada dalam diri orang lain tapi kita sendiri mampu mengubah apa yang ada dalam diri kita sendiri. "

Ingatla ramai lagi yang sayang kamu bukan dia sahaja. Tak salah kalau nak mengharap tapi efeknya diri sendiri yang akan tanggung.

Chaiyok kecik!!!
 MyEm0.Com 

.
.
.
.
.

[ bila aku da mula membebel! haha :D ni pun tak puas lagi nak cakap. siot! ]


# nak share pitca. ni la anak buah aku. si adik dan si abang.  hehe ;P 
hidup seperti budak kecik, memang best! takyah pikir masalah pun..orang lain yang tolong pikir. HAHA

Saturday, October 29, 2011

[tips aku!] Drive elok-elok. Jangan nak gile-gile sangat laaaa...

  ASSALAMUALAIKUM..

Hello semua. hehe.. Harini aku pegi keje. Saja je nak buat OT. Duduk rumah bukan dapat income pun tapi duduk ofis dapat. So aku pilih la nak dapat.  HAHA. aku memey gemo kek pitih! =)) #sory org klate.tibai semata! heee (_ _')

Ni aku nak bagi tips sikit. Ni hasil dari pembacaan aku plus pemikiran dan pendangan aku la sikit-sikit. Ikot suka korang la kalo nak setuju or taknak. Bukan aku bole halang korang pon. Ye dakkkkkkk.... #membebel jela aku tau! HAHAHA


DRIVE ELOK-ELOK SIKIT YEEEE.. 

#  Jangan halang orang lain nak laju

Bagi laluan kat orang. Lantak pi dia la nak laju macamana pun. Hampa toksah nak halang. Dia yang langgar had laju. Dia yang kena saman nanti bukan kita. So biarkan dia laju. Kita pulak dah nampak dia pecut semacam je, jangan la block. Bagi dia lepas. Ni tak, nak bajet kita ni laju jugak. Duduk kat lorong memotong tapi bawak 90km/j je. Ape cerita ni baiii.. Had laju kat situ 110km/j. Sah-sah la kita patut duduk kat lorong tengah tak pon kiri sekali; standard lori je. Haha.

Pada aku tak semua accident tu jadi sebab kelajuan. Kadang-kadang sebab halangan dan salah faham. Ok. Aku bagi situasi la. Kita nak memotong. Kita nampak kereta depan dah nak masuk kiri. Kita pun speed la. Tiba-tiba kereta tu takjadi masuk sebab ada kereta lain yang lagi laju memotong sebelah kiri lepastu mencelah ke kanan balik. Kereta yang depan kita ni pun terbrek la tiba-tiba. Kita yang tengah speed plus memang dah dekat sangat dengan kereta tu pun menghentam la kereta kedua ni sebab tak dan nak brek. Haaa tengok! Sebab kereta kedua tu halang orang lain nak laju, last-last kita yang bedentum dengan dia. Kereta ketiga dah bedesup laju. Tak pasal-pasal je.

Agak-agak kalo kes macamni kita nak salahkan orang yang potong kiri tu ke? Ye memang dia salah sebab memotong lorong kiri tapi kena tengok jugak sebab apa dia potong kiri kan.. Tolong la sedar diri kalo drive dah macam siput babi; standard lori, sila la ke lorong kiri sekali.

Ingat! Lorong paling kiri untuk yang paling siput babi, yang tengah untuk yang santai-santai;sedang-sedang tak sedang sangat, dan yang kanan sekali untuk pelesit-pelesit tak sedar diri. Rugi la pakai Audi duduk lorong kiri. HAHA =D


# Bagi isyarat ke mana kita nak pegi; maksudnya guna la signal tuuuuu..

Signal tu dah sah-sah memang dicipta untuk memberitahu driver lain kita nak ke kiri ke ke kanan. Kenapa la taknak guna. Jangan bagi orang lain salah faham. Nanti bole accident wooo.. Member aku accident teruk sebab ni la. Melambung dia. Patah kaki, pecah limpa. haih (_ _!)

Dia naik motor masa tu. Memang lorong terpaling kiri la kan. Dia bawak steady je. Takde benda nak dikejar.  Ada la sebijik kereta ni lalu sebelah dia lepastu tiba-tiba dengan tak bagi signal terus masuk kiri. Bengong. Bedentum la. Melambung member aku tu. Yang teruk mesti la yang kat luar. Yang kat dalam kereta takde apa pon cacat cela. Kereta je. Dan yang salah mestila yang melanggar padahal si driver sengal yang masuk kiri tu yang tak bagi signal nak masuk. Nampak?

Bagitau la orang lain kita ni nak pegi mana. Nak ke kiri, bagi signal kiri. Nak ke kanan, bagi signal kanan. Kalo agak-agak hilang arah tujuan, bagi signal hazard. orang tau la kita ni blur. HAHAHA gila ke apa tiba-tiba nak bagi hazard lamp kat tengah-tengah simpang.

Aku memang pantang kalo orang yang tak bagi signal. Memang nak kena maki la kau! Aku tak horn tapi aku bagi lampu sampai aku rasa puas. Hambik! Memang la dia tak efek sangat pun dengan lampu aku tu tapi aku puas. HAHA =D


# Minum air

Macam takde kaitan je kan minum dengan drive. Tapi aku rasa memang betul pun benda ni. Kalo korang drive, better spare air dalam kereta. Air kosong pon jadi. Minum air ni bole control kita punya kemarahan dan bole buat kita sabar lebih sikit. Tengah bengang-bengang, minum air. Cool sikit perasaannya. Ibarat hujan lebat yang turun di padang pasir tengah-tengah panas terik. Betul! Try test tengok laaaa..

Kalo kita lepak kat mapley pun, onney mesti tanya soalan pertama " apa minum? ". Lepastu baru dia tanya makan. Kita bole je sabar tunggu makanan kalo air dah dapat. Tapi kalo air tak dapat lagi, makanan dulu sampai kita memang melahap terus je tapi dalam hati mesti tertanya-tanya 'mana la tea O ais aku ni? mati tecekik pulak aku ni kang..' . Manusia memang tak complete kalo takde air. Air ni bahan pengecas badan. Penyegar. So minumla air kalo tengah marah masa drive.


OK. Itu saja tips yang aku nak share. hehe ^^,
Kalo rasa betul, sila ikot. Kalo rasa takbetul, pegi Tanjong Rambutan. HAHAHA..



" Biar cepat dan selamat sebab lambat pun bukan tentu selamat. Nak laju bole tapi hati-hati. " 



Friday, October 28, 2011

♥ RAGAM BERCINTA ♥



ASSALAMUALAIKUM...
Lama sangat dah tak update wanieyituaku ni. Rindu pulak.
Saja nak share sikit. hehe ^_^
Enjoy reading~


 ♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...


bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !
so, jadilah couple yang ada class, berdating ikut lunas, bergaul ada batas, jaga maruah dengan tegas, syariah dijaga dengan jelas, tutur kata sentiasa beralas, kalaulah cinta yang dihulur ikhlas, janganlah bimbang, cintamu pasti berbalas.



♥ kepada yang masih SINGLE,

cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.



♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,

jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.



♥ kepada yang PATAH HATI,

bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.



♥ kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA,

bagaimana kalau jatuh cinta? mahu jatuh, JATUHLAH ! tetapi jangan sampai terjerumus. biar selamba janji stabil. cubalah untuk memahami. bersedialah untuk terluka dan menderita, tetapi jangan disimpan semua rasa jika itu yang benar-benar dialami.



♥ kepada yang TAKUT MENGAKUI,

cinta menyakitkan apabila anda memutuskan hubungan dengan seseorang. tetapi lebih sakit lagi, bila seseorang memutuskan hubungan denganmu. namun, cinta paling menyakitkan apabila orang yang kau cintai langsung tidak megetahui perasaa mu terhadapnya.



♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,

hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak. biarkan dia pergi, dan lupakan.



# jadi, biarkan dia pergi, dan lupakan yeeee hazwani! bagus!


Wednesday, August 3, 2011

Salam Ramadhan - 2011



Assalamualaikum..

SALAM RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI SELURUH DUNIA. SEMOGA RAMADHAN KALI INI AKAN DIBERKATI DAN DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T



Thursday, June 23, 2011

tarik <-----> tolak



[[ ada idea tak apa yang aku nak maksudkan dengan gambar ni? ]]


hmmm.. tadi aku pegi settlekan tanggungjawab *chewwah* aku kat Maybank. masuk-masuk je tengok baris mak aih punya la panjang. semua pakat nak langsaikan hutang ke apa ni.. biasa baris kat mesin ATM yang panjang, ni CDM lagi panjang. bagus orang-orang Bangi ni.

aku macam biasa kat mana aje jadi buat aktiviti menyebok sana sini. cuma takde geng je sekarang. bergerak sorang-sorang. kalo mase study dulu, geng aku tak lain tak bukan, Yan, Cda, Anne, Nadia! ni semua kaki-kaki menyebok punya. awas yaa! HAHAHA.. *bangga sikit aku sebot nama korang ni.. bukan senang!*

eh balik pada topik. aku jadi orang terakhir dalam barisan tu setakat ni. so makna katanya, lama lagi laaaa.. haish! em tiba-tiba ada handphone berbunyi. dengan lantangnya, " haaaa ye. saya dah buat kertas kerja tu semua. tinggal nak bagi kat pengrah je. kendian kita bla bla bla.... " siyes lantang gila suara pakcik-baju-batik selang dalam 4 orang dari aku. memang suara dia jela yang dengar. hmmm... orang kita!

emm positif ye. may be orang dalam fon tu tak dengar kot pakcik-baju-batik ni cakap. dia suruh la pakcik-baju-batik ni kuatkan volume.

eh lari tajuk lagi. HAHA. tu sambil-sambil je. aku lebih tertumpu pada pintu. setiap kali orang masuk mesti ada bunyi "gedegang". pastu baru pintu terbukak. nak tau sebab ape bunyi macam tu?


haaaaa... sign ni kalau baca dari dalam Maybank tu. so kalau dari luar, agak-agak korang dia tulis sign ni jugak ke? haaaa ini yang kita taktau! HAHA.. *teringat cerita Los n Faun*


boleh pulak la kan kalau dari dalam tulis push, dari luar pon tulis push kan. agak-agakla.. dah confirm-confirm tulis sign yang ni pulak kan. memang la dorang taktau apa yang tulis kat dalam tapi tau apa yang tulis kat luar kan. ni gambar sebagai contoh je.

jangan nak tipu la kalau kata tak paham kan. kat Malaysia ni baiii. terang-terang bawah tulisan BI tu ada tulisan BM pulak. siap kadang-kadang ada bahasa cina, arab bagai. haaa apa lagi nak?!

kat Maybank tu pulak pintunya bila suruh tarik, memang kena tarik. tu yang bunyi gedegang setiap kali orang-yang-tak-nampak-dan-tak-paham tolak pintu tu.

ini lumrah manusia. apa yang tak boleh, itu yang nak dibuat. apa yang dilarang itu la yang macam disuruh-suruh. kerajaan dah bagi arahan, ikot la. *mak aihh. gile tibe-tibe. HAHAHA..emo pulak! aku pon tak sure apa kaitannya..*


haaaa pernah nampak sign ni? KOC WANITA. tengok tu. 1 Malaysia. semua bahasa ada. tak paham lagi ke? dah. jangan bayak cakap. alasan je semua tu. *wahhh emo lagi kau! HAHAHA*

bagi yang tak pernah naik KTM, mesti tak pernah nampak sign ni.bagi yang biasa ulang alik pegi mana-mana dengan KTM, sangat familiar la dengan sign ni. sign ni ada kat gerabak KTM je setakat ni yang aku tau laa. lain-lain public transport ada jugak tapi lain pulak la ucapan dan arahannya. HUHU..


hmm tengok la yang ni. agak-agak bangsa apa? haiyaaaaa..... orang buat arahan,peraturan mesti ada sebabnya kan. so ikot la... *tengah cakap depan cermin... HAHAHA*

memandangkan aku dah nak kena gerak bawak anak-anak buah aku pegi taman, so sampai sini je aku nak bebel. sekarang masanya untuk aku usha-usha apa yang patot, nak luaskan lagi pandangan juga pemandangan tentang alam sekitar dan masyarakat. *ayat macam gamp poyonyee..* macam biasa! pegi mana-mana, aktiviti menyebok tak kan pernah aku tinggal. harap maklum! gua beram.....~




pssssttttt # aku berjuang gile nak abeskan cerita ntuk entri ni. anak buah aku dah menyalak nak ajak pegi taman. hmmm maksu yang baik perlu dicontohi ramai yee. aku belikan air vitagen ingatkan taknak bagi gaduh, rupanya jadi pergaduhan besar sampai gigit menggigit. haish! budak-budak.

psssssttt lagi # aku rindu kau la. saja nak ego. hahaha taknak kalah kan. bese!


Tuesday, June 21, 2011

belajar menghargai




































hi

hmm saje nak share pasal menghargai sesuatu.

bagi aku, menghargai sesuatu sangat besar maknanya. lagi-lagi mengharai pemberian orang. untuk menghargai sesuatu, tak semestinya kita kena balas sebijik sejibik macam apa yang orang dah bagi/buat pada kita. cukup la dengan terima kasih. dan cara berterima kasih pun kena la ambik berat jugak. kalo setakat cakap kat mulut " thanx babe " sambil tu mata pandang lain, pastu bla gitu biar dia ni terkontang-kanting, nak buat apa. tacing si pemberi tu. *cakap berdasarkan pengalaman. HAHA*
nak cakap tu biar la ikhlas sikit. dah la kau tak bagi apa-apa kat dia, tibe-tibe terima kasih pun macam nak tak nak je. belajar jadi ikhlas. dah sah-sah nanti si pemberi pun ikhlas nak bagi. betul tak?

siyes. pemberi biasanya bukan nak mengharap sangat dia dapat balasan apa-apa dari apa yang dia bagi [tak semua orang laaa ] tapi jauh di sudut hati dia nak orang tu hargai apa yang di bagi, apa yang dia buat. macam aku cakap tadi, thanks pun suda cukup. huhu

lagi satu. ni memang lumrah hidup. manusia hanya akan menghargai sesuatu or seseorang kalau benda dah takde. kalau orang tu dah takde, time tu baru rasa menyesal, baru rasa nak menghargai dia. lepas tu keluar la ayat-ayat yang seumpama ni; "nape la aku buat dia macam tu.. nape la aku tak pernah hargai dia masa dia ada dulu.. " rasakan la. benda dah tak guna. dah teratuk baru nak terngadah. nasi suda pun jadi bubur. silap haribulan, nak mintak maaf pun tak sempat lagi nak berterima kasih. macam mana.

so, aku nak nasihatkan dan nak ingatkan diri sendir jugak, selagi kita hidup ni cuba la untuk menghargai sesuatu pemberian dan hargai la si pemberi tu. lagi-lagi benda yang dibagi tu kasih sayang, cinta, kepercayaan dan macam-macam lagi la. *HAHA kering!*
dalam ape pun yang kita buat pada orang atau orang buat pada kita dan setiap kejadian yang berlaku, kita kena hargai. tak kira la benda tu buruk atau baik. sebab kita taktau hikmah atas setiap kejadian yang berlaku. CUBA hargai setiap apa yang berlaku dalam hidup kita. chaiyok!

*
*
*
*
*
*

QUOTES TO BE SHARED


“ We tend to forget that happiness doesn't come as a result of getting something we don't have, but rather of recognizing and appreciating what we do have.”





" Appreciation is the highest form of prayer, for it acknowledges the presence of good wherever you shine the light of your thankful thoughts."
Alan Cohen



" When one's expectations are reduced to zero, one really appreciates everything one does have." 
Stephen Hawking

[[ saya paham ni awak. HAHA.. ]]


pssstttt # tadi siang aku pegi tengok dia main squash. first game ni. woooww.. bagus sekali. bagus kan aku bagi sokongan moral depan-depan lagi. wahaha perasan! tandanya? tanda la sendiri. HAHAHA. #

Sunday, June 12, 2011

merantau dan ..... [ ape yang aku maksudkan dalam entri kali ni? ]


SALAM
aiiii..
just nak bagitau aku akan merantau. HAHA =D
tu pon nak habaq!

hmmmm....
aku merantau bukan bemaksud aku lari dari masalah cuma nak mencari ketenangan mental, jiwa, rohani dan yang paling penting nak cari semula diri sendiri. hahaha. itu pon kalo sempat. kalo dipanjangkan umur InsyaAllah.

ala macam tak update blog je..
ye saya update la nanti.
nak share jugak pengalaman hidup di tempat baru. konon! gaya nak pegi jauh sangat je.
huhu =P
tapi kalo jauh macam mane?

hmmmmmmmmmmm........lagi! kali ni berat sangat. ntah kenapa..
dah la. pegi jauh-jauh la persaan ni tolong!

eh....
saya demam pulak. kalo demam ni buat entri ni jadi entri terakhir... jeng jeng jeng....
wahh takotnyeeee sayaaaaaaa........ banyak dosa ni. takan nak pegi bawak dosa? ouh tidak.
YA ALLAH amponkan aku dan dosa-dosaku.

jadi....
saya NORHAZWANI BINTI HUSIN memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah saya lakukan kepada sape-sape yang pernah mengenali diri ini. saya insan lemah dan banyak kekurangan.
kepada insan-insan yang disayangi, sesungguhnya aku amat menyanyangi kalian. umum je. yang rase aku sayang dia akan tau la aku menyayangi dia. hehe. belit-belit ayat!
tapi yang paling aku sayang dalam dunia ni mak aku la dan jugak ayah aku plus adik beradik aku. plus dia. dia sape? dia je yang akan tahu. hehe =P dan kawan-kawan baik aku jugak la..
saya sayang kamu-kamu sangat-sangat ketat erat rapat jitu utuh. halakan makan dan minum dan segalanya.

baiklah. dah macam hari raya pulak.
okay. aku nak tido dah
good nite.

SALAM.
.

.

.

.

.

.

.


# awak. saya suka awak la. saya sayang awak sangat-sangat. saya selalu tunjuk tapi mungkin awak tak perasan kot. " i'm sorry ". my bad. ape-ape pon saya just nak bagitau awak sebelum....hmmm,setakat ni awak salah seorang insan yang saya sayang sangat. hehehehe malu la! nak tengok gambar? ish tak bole la. die pemalu saya pon pemalu jugak. em saya tau saya tak bole hidup dengan awak sebab awak akan ade orang lain tapi perasaan sayang saya yang akan hidup dengan awak. jangan risau. hehe malu lagi. anyway thanks a lot sebab datang dalam hidup saya. saya mintak maaf ye. hutang awak, halal. hutang saya, nanti saya bayar la.  ala.. merepek ye? sory lagi. okay awak. thanks and sorry for everything. saya sayang awak. haaa lagu background ntuk awak. #


Thursday, February 17, 2011

bahasa ewwwww



SALAM.
tengah aku dok sebok2 bizi2 mengemas rumah , dan jugak aku ber"on9".
bese la. sambil menyelam mengintai orang. HAHA :D

tengah aku layan itu ini, tejumpe la pulak mamat ni. 
mari kite tengok ape die nak bebel.



so, camne? layan bukan.. HUHU~
SUPERB COOL beliau ni
tahap konfiden beliau sangat tinggi
tabik gua kat lu bro!


topik beliau ni memang dah lame aku tak bekenan
BAHASA EWWWW~
itu bahasa mintak penampa namenye
gedix sangat bunyinye
setakat ni aku tak penah tejebak lagi la nak gune bahasa2 ewwww ni
tak bekanan la mak noqqqq...




pssssttttt # aku ade berita gembira.. ehemmmmm.. nantikan! NGEHEHE~

Wednesday, January 26, 2011

sejuk > pompuan vs moto

what's on your mind?
SEJUKKKKKKK....grrrrrr~ MyEm0.Com

description:
balik keja tadi kena ujan. maklum la nek kenderaan tak berbumbung.
bile ntah nak dapat kenderaan yang berbumbung hakmilik seniri ni...
semoga ade rezeki bulan depan. AMIN.. tak kemana la rezeki tuuu..

opinion:
pendapat aku la kan, kalo dok kat KL ni lebih senang, mudah, cepat, pantas kalo nek moto nak begerak sane sini; means nak pegi keje ke nak lepak ke ape jela.. yela. KL ni memang tak bole dipisahkan dengan jammed! stuck kat jalan je da makan 3 4 jam. kalo nak tekencing bole sampai tahap keras la pundi kencing menahan. [ cakap bedasarkan pengalaman. haha.. ]
kalo ade celebration macam new year ke ape lagi la ganda. maw bekarat dok dalam keta. nak pegi, nak balik, same je. kalo kite yang nek moto ni da betukar2 mimpi dok kat umah, orang yang nek keta baru sampai umah.
nek moto bole relax je selit sane celah sini bile org tengah sebok2 layan jammed. kadang2 je sangkut kalo ade keta yang belagak macam moto nak celah jugak. tapi kalo ujan, kalah la perempit ni. huhu =P

hmm tapi aku rase tu bagi laki. ye tak dinafikan la pompuan pon bole je naik moto. tapi KL ni bukan macam kat kampung2 ke pekan2 ke.. sejam pejalanan pon relax je tak pakai helmet. kalo KL? depan umah nak pegi beli nasi pon kena pakai helmet. [yang ade kesedaran sivik tinggi la!]

bagi pompuan macam kurang sesuai nek moto kat KL ni. kalo tengok kat jalan bole dikira la bape kerat je pompuan yang nek moto sendiri. yang jadi pembonceng blakang cite la. kalo dekat2 dalam kampus ke memang besepah la nampak kan. aku pegi keje setiap ari aku agak masak la dengan highway sg besi-seremban. tambah2 aku ni mase masuk n keluar keje lain2. dari pagi sampai tengah malam aku bepengalaman bawak moto kat highway tu. so aku bole tengok bape ramai yang nek moto dan penunggang2nye. rasenye sepanjang aku pegi keje dari aku start sampai sekang, tak sampai 10 orang pon pompuan nek moto seniri kat highway tu macam aku. hmmmm...

kalo la aku ni di bawah kategori tak berdikari lagi, ntah la..huhuhu
beujan, bepanas, berembun, makan asap lori, kena simbah air lecah tepi jalan, sume tu da lali dah. jatuh pon penah. tabah je aku bawak moto! haha.. rempit sejati. tanak jadi tapi tepakse. no choice at all!

pompan bile bawak moto ni bahaye sebenanye. sebab......

1. TAK RESPEK!
orang bawak kenderaan yang besar dari moto ni salunye tak respek langsung kat orang bawak moto. dorang tau dorang lagi besa, so yang kecik harus respek+elak yang besar. lagi2 kalo pompuan yang bawak moto. even pompuan bawak keta pon orang salu cakap " ouh pompuan ke yang drive. patut la macam tu..." ntah ape la mentaliti macam ni kan. pelik! merendahkan golongan lemah. so orang yang macam ni buat2 tak nampak je yang bawak moto. yang si pompuan ni dah la tak berape cekap bawak moto. kadang bole melelong sebab keta potong dekat gile. bengang je.

2. SORANG! mostly yang bawak moto ni laki. so kalo ujan, nak benti tepi jalan beteduh sekejap kat mane2, kebarangkalian pompuan tu sorang2 je kat situ sangat la besar. nisbah 1:20 mungkin atau lebih.. bahaye tak? yang benti tu campur2 ati budi. ade baik, ade yang macam nak beniat jahat, ade yang memang beniat jahat n ade jugak yang terikot jahat bile rezeki depan mate. betol? MyEm0.Com

3. PROB MOTO. MyEm0.Com
biasenye tayar pancit la yang paling lekeh skali ntuk prob moto ni. kalo tayar pancit abes, tepakse la benti tepi jalan. dah la sorang2. tak tau nak buat ape pulak. adeiii. kalo ade pomen datang pon konfem kena ketuk tukar tiub sampai rm20. kalo kat kedai bole dapat rm6 rm7 je. sebab tepi jalan+tatau menau pasal moto sangat+tepakse = bayar jela! kene pulak salah orang yang benti. tak ke bahaye len yang datang. dari moto je rosok, bende len pon bole rosak. bukan mintak just beringat + risau!MyEm0.Com

4. MALAM. MyEm0.Com
jalan sunyi. gelap. macam2 bole jadi kan. tayah explain pon da tau kan..

so setakat ni, pendapat aku pompuan tak berape sesuai bawak moto kat KL ni. bukan tak sesuai langsung just kurang sesuai. but for certain parents they prefer their daughter going anywhere by car compare to just ride a motorcycle.

psssstt# kawan2 doakan pemintaan keta saya diluluskan ye. semoga ati ayah tebukak nak bagi aku klua sebijik keta. amin.

jom. tido.
MyEm0.Com

Saturday, January 1, 2011

HEPI NUYYE 2011 ..v(^_^)v..

WISHING ALL 
VERY D HEPI NEW YEAR 2011
MAY EVERY SINGLE DREAMS COME TRUE AND LET D 2011 BRING MORE BRIGHTER IN LIFE... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...