Tuesday, November 22, 2011

[video] tetusuk menusuk!

 ASSALAMUALAIKUM...

phewwwwww... (_ _!)

berk! berk! gua rasa tetusuk menusuk sume ade ni berk! hadeiii. macam mane pulak tangan ni boleh tegatal pegi klik kat video minah ni. haih.. teringat sangat. bagi voicesms! tak zaman dah tapi peduli apa aku. aku nak bagi. bhahaha..


kenangan oh kenangan. hmmm hidup dalam kenangan memang tak kemana la jawabnya. dok la hang kat takok tu. sebab kenangan hanya boleh dikenang. kenangan langsung sikit tak boleh nak ubah even cuit pon. yela. benda yang paling jauh dengan kita adalah masa yang dah berlalu. so, barang yang lepas jangan dikenang. eh boleh ingat tapi takboleh layan sangat! nanti sewel. ala-ala aku. paham tak ni? #amboiiii kau!


# weyy.. esok aku keje! terima la hakikat. #haih 

[kata aku!] ah kau. bajet!

 ASSALAMUALAIKUM...

Hello. tengah sakan tengok bola. dan lagi la aku nak membebel. haiih kata multitasking punya orang. mesti boleh punya sambil menyelam minum air, sambil peluk tangan merayap meraba-raba. perghhhhhhh... aumm! #sewel!

" Carilah jalan supaya dijulang-julang tapi hati-hati. Kadang-kadang yang menjulang tak sanggup sambut julangan "

# berat kot nak sambut! HAHA.
ermm jangan anggap semua orang akan terus menjulang kita, memuji, meng'admirer', menyanjung, jugak menyayangi kita. Tak selamanya! Sebab masing-masing ada tahap, masing-masing ada had, masing-masing fikir hal masing-masing. Takde masa la nak selamanya menyebuk hal kita! Sementara dijulang,disanjung, disayang, tolong la hargai! Itu pun susah ke? #takpaham!

senang je contohnya.
" weh aku dapat tackle die. seminit tak sampai dah cair! hebat tak hebat? haha " <-- mintak supaya dijulang la ni!
" makaih. gile hebat kau. takde orang lain dah lagi hebat dari kau. kau sorang je yang paling hebat dalam dunia. kagum aku berk kagum!" <-- penjulang! bukan ye-ye sangat pon nak menjulang. kadang-kadang dah penat menjulang, malas nak sambut, gini je jawabnye... " sikit aku takheran. seminit lagi die tinggal kan kau! pegedaaaa.Ah.bajet la kau!"  #ada paham ka?


" Orang yang asyik mendongak, lambat laun tesepak batu jugak, tepijak tahi jugak! "

ni dituju khas buat si pembelagak-pembelagak kat luar sana. sombong. tak kemananye pon kau nak sombong. apa sangat yang kau ade nak belagak bagai tu! dok tongak sangat ke langit, kang taik jatuh atas muke. gagagagaga haaa rasekan la!

sifat sombong sekelumit pun takboleh ade pada kita ni manusia, hambaNya. hanya Allah sahaja yang layak bersifat sombong. sebab Allah memiliki segalanya. So sifat ni memang sangat-sangat takboleh-takpayah-nak-mimpi-pun ada dalam diri kita. # ada paham ka? uish bole pegi jauh ni dalam ustazah pilihan! haha

upssss.. gua kalau dah membebel, mulut ayam kena tungau pun kalah berk. siyes! sudah. mahu tido. cakap lebih sangat kang dicop POYO. baik gua angkat kaki dulu. tepuk bantal. pejam mata. sekian.

# macam dia sorang ada hidong. puiiiiih! =..= 
emo pulak! HAHA

Monday, November 21, 2011

[kata aku!] Cinta dari Maha Pencinta

 ASSALAMUALAIKUM..

hi. lama dah tak membebel. hehe..

" Kejarlah cinta umpama mengejar masa dan apabila sudah mendapat cinta itu, jagalah ia seperti menjaga dirimu sendiri. Sesungguhnya cinta itu kurniaan Tuhan Yang Maha Agung "

# The Secret Life of Nora
terbaik woookkkk... nanti aku boh lagi gamba ye ;D *macam orang nak tengok pulak kan. HAHA #

ini jugak yang aku nak cakap

 ASSALAMUALAIKUM...

Hi. emm malas nak tulis. sory curik je orang ni punya. sebab benda ni jugak yang aku nak cakap. hehe ^^




# nothing to say

Tuesday, November 8, 2011

[kata aku!] perit yang bahagia. cewah~

 ASSALAMUALAIKUM..

yezza.. tiba la masa untuk aku berkata-kata a.k.a membebel-macam-aku-bagus-sangat!. ni semua sebab ekau laaaaa. haish. tak larat nak habaq doh!
hmmmmm...

" Apa yang paling menyakitkan dalam hidup, menyayangi tapi tak disayangi. Merindui tapi tak dirindui. Mengingati tapi tak diingati. Namun perkara yang terpaling perit iaitu bila kita ingin melupakan seseorang. Bila kita ingin menjauhkan diri dari seseorang walaupun kita sedari dengan pemergian kita akan dapat membahagiakannya.... "

[[ motiffffff boh ben10? bertukar la ikot situasi bak kata pepatah " campak kat ladang kuda, jadi kuda. campak kat ladang kambing, jadi kambing " haha tibai. maksudnya fleksibel! sesuaikan mood+sikap+perangai+attitude dengan keadaan dan situasi. hidop bukan sengsorang. orang semua pandang. pikiaq2!]] 




# sila renungkan sedalamnya. belajar la menerima hakikat. tak lari gunung dikejar! ada butuii kaaaa?? heeee ^_^ #

hari korban yang terkorban. HAHA

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM AIDILAHDA..

hi. lama tak boh apa-apa entri sebab balik kampung. malas jadinya. keje aku kat kampung HANYA TIDO! hahaha tak bemoral sungguh. aku rasa macam menagih dadah pulak dok laloq, lemah, lemau semacam je. bekepit dengan bantal plus selimut. siang-siang hari seap beselimut bagai macam tido malam. sebab sedap tido sejuk-sejuk. maklumla musim hujan. hehe ;P sampai mak aku naek heran.

eh tapi aku dah tolong mak aku kat dapur la ape yang patut. lagipon aku penat sebab buat kek secara manual. pukul butter dengan gula sampai kembang. patu taruk telur sebijik demi sebijik. patu boh koko dengan tepung. sume beres pakai senduk kayu dan keringat tangan aku. kendian, bakar atas dapur. tup! jadilah kek coklat yang gebu lagi lazat! 2 jam SAHAJA suda licin. phewwwwwwww~ (_ _!)

hmmm sume bizi lagi becuti raye aji ye dak. lagi-lagi student la. cuti seminggu. sikit aku tak heran. #berbaur dengki! HAHA..# masa hari raya haji haritu, aku dengan family aku tak pegi mane-mane. semua tebongkang tido. macam dah kena sembelih masing-masing. sebenarnye sebab busan. hari raya pertama tu takde korban. kampung aku buat hari raya kedua. plus pondok tempat mak ayah aku belajar pon buat hari raya kedua. so kamiorang pon simpan tenaga la untuk esoknya. cewah macam tolong pulak kn.

hari kedua pegi pondok. dekat sini korban sampai 13 ekor lembu. nama ayah aku ada la masuk. tapi kamiorang sampai time orang dah lapah daging lembu tu. masa sembelih dah lepas. alaaaaa ='(
dah tengok-tengok round-round, balik umah, tido lagi. bhahahaha... apa nak jadi la. ni simpan tenaga nak balik KL pulak. huhu.

ah membebel. aku pun busan! sudah. ala aku just nak sampaikan "aku yang terkorban kat atas katil pada hari raya korban." HAHAHA..

macam-macam la kau! HAMBAR OK!

[[ ekau nok disomboleh jangggg... haha maap org nogoghi! ]]


Tuesday, November 1, 2011

[kata aku!] Pagi oh pagi..

  ASSALAMUALAIKUM..

Selamat pagi semua. Semoga korang dan kita semua di bawah lindungan Allah S.W.T.
Pagi? Ermm memang bechenta kan nak bangun pepagi ni. Sapa-sape pon. Konfem! Tapi lain pulak orang-orang tua yang duduk kat kampung-kampung. Dorang ni macam enjoy sangat bangun pagi-pagi. Yela. Masa tu la nak menyapu laman, masa tu la nak kait daun pisang, nak becucuk tanam bagai. Anak-anak muda? Baikla berlengko je kat dalam selimut atas katil. Haish. #membebel lagi! HAHA =D

Aku membebel kat diri sendiri ni. Pagi ni haaa tadi punya teruk aku nak bangun. Alarm tu dah tak larat nak bekoko dah.#buat bunyi ayam! Aku buat pekak badak je dengar. Malas tahap karma nak bangun. Tapi dek kena pegi keja, tepaksa la bangun! haiyaaaaa... Waniey Waniey!

" Tak bangun pagi tak beerti orang tu malas. Tapi kalau malas, memang sah-sahlah tak bangun pagi! " 


# hahahahahahaha sila la senyum seperti beliau. tak guna ada gigi kalau tak tunjuk. PULAK! bhahaha.. #

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...