Monday, July 25, 2011

jauh tersudut



assalamualaikum...

dalam hati terdapat banyak sudut. sudut-sudut itu dipenuhi dengan perasaan yang dianugerahkan. perasaan yang pelbagai. perasaan yang lahir dengan sendiri tanpa paksaan. perasaan yang boleh dikongsi. perasaan yang kita sendiri faham. perasaan yang kita sendiri minta. perasaan kasih, sayang, cinta, benci, terpaksa, meragui, ingin mencari dan banyak lagi.
tapi... dalam banyak-banyak sudut di hati kita, ada satu sudut yang terpaling sudut. disudut ini juga terkandung macam-macam perasaan tetapi perasaan yang hanya diketahui oleh yang punya hati dan Penciptanya. walaupun tuan punya hati telah mengeluarkan semua perasaannya kepada yang ditujukan tapi perasaan dari sudut hati tetap tiada siapa yang tahu. percayalah. inilah dia perasaan yang lahir jauh disudut hati.  
[[ hati ini milik Allah. jadi jaga lah ia seperti Penciptanya menjaga kita..]]



# pandangan sendiri. ayat ni aku penah cakap kat sape ye? hmm lupa! adeiii



mimpiku



assalamualaikum...

mimpi adalah mainan tido. inilah yang selalu orang cakap.
tapi bagi aku setiap mimpi yang aku dapat ada mesej yang nak disampaikan. setiap mimpi. cuma aku yang perlu tafsirkan dengan betul.

malam tadi aku bermimpi lagi.
aku dalam perjalanan ke suatu tempat. tempat menuntut ilmu yang pastinya. tapi aku kurang pasti tempatnya.
sepanjang perjalanan hanya ada gaung di kiri dan kanan. jalan berliku dan berbukit. langsung takde penghujung. berjam-jam berhari-hari berminggu-minggu aku still tak sampai. sungguh penat. tapi aku teruskan perjalanan. aku akan berhenti di atas setiap puncak gunung supaya aku nampak jalan di depan, halangan di depan dan tempat yang nak dituju. tapi di setiap puncak aku hanya nampak jalan semakin berliku dan takde noktah.

hmm di suatu puncak, aku didatangi seseorang. seseorang yang aku kenali dalam realiti. tapi aku tak kenal hati budinya. di dunia realiti aku dah mencipta sesuatu yang aku sendiri kurang pasti tentangnya. ish. dalam mimpi tersebut kami sangat baik dan rapat. aku disingkap dengan apa yang aku telah lakukan. hmmmmm... aku perlu mencari kemaafan dari dia dan juga dari Dia Yang Maha Mengampuni.

aku teruskan perjalanan. di satu lagi puncak, aku dilayangkan dengan satu surat. surat yang aku terima semalam. dipuncak ini aku nampak abang aku yang sedang memberi surat yang aku pernah bagi pada bos aku. setelah abang aku serahkan dan berlalu, dia dimarahi oleh ahli keluargaku. aku hanya manyaksikan sahaja. hmmmm...

di puncak yang lain, aku diminta untuk memberikan beras kepada yang tertentu. walaupun aku pelik tapi aku tetap memberi.

banyak lagi puncak yang aku singgah dan aku dapat sesuatu. tapi aku dah tak berapa nak ingat.
sehingga aku tersedar aku masih lagi tak sampai ke destinasi. aku seperti sesat. sesat untk mencari kebenaran. sesat untuk mencari ilmu.

aku berfikir apa mesej yang nak disampaikan pada setiap puncak bila aku tersedar. setakat ni memang aku dapat mesej yang nak disampaikan. cuma aku perlu tau cara untuk aku selesaikan kesemuanya.

Allah menjadikan sesuatu kejadian pasti terdapat hikmah disebaliknya. samada hikmah itu akan diterima oleh diri sendiri, orang-orang yang tersayang, orang-orang terdekat atau sesiapa sahaja. jadi pandanglah sesuatu dengan positif. mengingatkan diri sendiri juga.

********************************************

aku share mesej di puncak ketiga. memberi beras. huhu.
aku nak ganti puasa harini. lagi 3 hari. sempat kot. tiba-tiba....
jangan disangka panas sampai ke petang. rupa-rupanya hujan ditengahari.
hmmm... minggu depan dah Ramadhan. confirm tak sempat.
ye. beras yang diberi itu untuk 3 hari yang mungkin tak sempat ni.
mesej yang sangat jelas.
hahaha =D
waniey. waniey.


# sheeda yang dok tunggu,aku yang kena. hahaha. aku nak makan puas-puas. moga-moga taun ni tak bertambah kena ganti puasa. cukup-cukup 3 hari sudaa. hehehehehe =P


Sunday, July 24, 2011

moral of the story



assalamualaikum...

berfikir sebelum bertindak. 
berfikir menggunakan minda bukan menggunakan emosi.


aku tak akan kalah! GO WANIEY!

sekian





kenapa mesti membalas?

 

assalamualaikum...

kenapa mesti nak membalas? kenapa mesti nak berdendam?

aku kenal diri aku! 
aku bukan lah dat type of person but dengan tiba-tiba aku boleh jadi pendendam. ohh aku penah sebut sebelum ni aku seorang pendendam. tapi aku tak tegar pun nak membalas dendam.

hmmm semuanya sebab dia. sebab aku sayang dia sangat-sangat.
aku jadi bengang. aku jadi marah. aku jadi geram. dan akhirnya aku jadi pendendam. sebab selama ni aku pendam. pendam sorang-sorang.

sampailah satu hari yang sangat-sangat tak tertanggung. aku buat keputusan.
aku taknak menyakiti orang yang aku sayang dan aku taknak buat benda-benda bodoh. so aku pilih untuk membalas dendam. pada yang berkenanaan.
ye. aku tekad walaupun aku tau risiko yang akan aku terima bila apa yang aku plan jadi sebaliknya. aku akan dituduh menikam dari belakang dan pengkhianat. percayalah.
tapi apa lagi yang dapat memuaskan aku? aku rasa tertipu. aku nak cari sendiri jawapan bagi semua persoalan yang selama ni aku kumpul. aku jadi negatif. walaupun aku dah berusaha untuk mempositifkan fikiran aku. hmmmmm...

aku benci kau! kau punca segalanya! kau penyebab!
aku tau aku tak sepatutnya menyalahkan kau tapi aku tetap nak salahkan kau sebab kau punca utama.
kenapa kau datang? kenapa mesti kau nak merebut? dem!
aku tak suka barang aku dirampas. aku tak suka. aku benci!

tekad yang memang tekad. so aku sanggup buat apa saja. sebab aku just fikir dendam terlerai!
sungguh tak baik! aku sedar. tapi aku manusia biasa. tak dapat menahan. sebab aku dah lama bertahan.
dan aku berjaya. aku berjaya menjual. jualan aku juga dibeli. HAHAHAHA

tapiiiiiiii.......
aku tak sanggup. sebab aku bukan macam tu. aku bukan pendendam. ni bukan aku!!! aku tak layak nak menghukum. aku tak layak membalas. aku sepatutnya membiarkan.
ye. aku silap! disebabkan aku dah mulakan, so aku mesti habiskan. sebelum plan aku jadi sebaliknya.

ye aku jammed. takde sapa yang boleh tolong aku sebab takde sapa yang tau ceritanya.
aku tekad lagi. so aku cerita semuanya pada kawan baik aku. akhirnya. rahsia hidup terbongkar. semuanya sebab sayang. yang tak tertanggung. lega! sumpah. aku pilih dia sebab aku percaya dia.

disebalik semuanya aku terfikir kenapa kau membeli jualan aku? kau jugak ada agenda? nak test aku?
aku takkan terkejut sikit pun dengan jawapan kau sebab bila aku berdepan sendiri dengan kau, aku boleh baca kau. kau tak pernah jujur. dengan siapapun. kau cuma nak dapatkan apa yang kau nak. huh! aku memang minta kau benci aku. walaupun aku tau kau memang benci aku.
 
bila semuanya terbongkar sebelum masa yang aku dah set, so aku terpaksa menerima risiko.
kebenaran hanya aku kongsi dengan diri aku dan jugak kawan baik aku. selama aku membalas, dia ada bersama dan sentiasa memantau. terima kasih sahabat.

tapi semua dah terlambat. dia yang aku sayang dah dapat sendiri ceritanya dan hanya tunggu explanation dari kedua-dua pihak yang terlibat; aku dan kau. dan aku yakin dia tak akan percaya aku. even aku sendiri tak percaya dengan apa yang aku dah buat. HAHA..

hidup memang untuk dibenci nak buat macam mana. terima jela. aku pasrah.
benda yang paling sakit sekali bagi aku bila orang yang kita sayang tak percaya kita. phewwww~ #gila kau!!!!
hmm sebab dalam apa-apa saja hubungan, benda paling penting sekali ialah kepercayaan. walaupun hanya berkawan. bila kepercayaan dah hilang, boleh dikatakan kesemua benda akan hilang.
aku kena hadap. sebab aku yang cipta. aku yang buat semuanya. dan aku bersedia untuk berhadapan.
berani kerana benar. takut kerana salah.
tapi aku tak rasa aku dipihak yang salah. walaupun aku memang salah buat dia macam tu.

maaf. aku takde pilihan. aku nak dia membenci kau dan kau membenci dia. itu sahaja.
bila dia dah membenci kau bermaksud aku berjaya membalas.
dan sekarang aku jugak dibenci. dibenci oleh yang disayang.

aku sayang dia sangat-sangat semalam, harini, esok dan hari-hari mendatang.



# aku tau dia sayang aku jugak. terima kasih.
 
 

Friday, July 22, 2011

"...." kata saya pada awak



assalamualaikum..

" untung siapa yang jadi orang yang awak sayang kan... "

" saya takut. takut memain dan dipermain. paling saya takut, memain! saya taknak takut tu ada. so saya tak boleh. maaf! "

" be friend or nothing? "

" jawapan : saya boleh teman awak tapi hanya sebagai teman.noktah. "

[ maaf. ]

# lama rasa tak letak gambar. hehe..


CURANG ITU INDAH tapi ......



assalamualaikum...

CURANG ITU INDAH TAPI .......
INDAH YANG SEBENTAR CUMA!
SEMUANYA TERBATAS KERANA KEINDAHAN PADA YANG SATU..
IAITU KEINDAHAN PADA KESETIAAN.
KESETIAAN YANG PENUH DENGAN KEIKHLASAN DAN KEJUJURAN SERTA KEPERCAYAAN.
.
.
.

jadi, aku tak boleh. aku tak mampu!
MyEm0.Com




# berenang tu sangat la tenang. sebab tu salah satu hobi aku swimming. walaupun aku takreti mane pun nak berenang. berenang atas katil memang master abes la aku! hahaha..

hmmm...



assalamualaikum...


AKU TAK AKAN KALAH!

GO WANIEY!!!!
MyEm0.Com



# sheeda kalah lawan bowling dengan aku. lalalalalalala ~ [ aku saja nak masukkan nama ko sheeda! ]

Monday, July 11, 2011

CURANG ITU INDAH



Assalamualaikum..

# one of collection tshirt yang sangat aku gemari. meaningful okay! #


CURANG ITU INDAH.
why not kita try nikmati benda yang indah kn.. so kita boleh tau sejauh mana indahnya mencurang tu.
for those yang sedang hangat mencurang, sila nikmati keindahan tersebut. sekejap sudaa.
but for others who just starting up, try harder to get the meaning of "INDAH".
may be yes or may be no.
depends.



# whatsofakinever!

" ah sial la kau! puiiiiii "



Assalamualaikum..

tajuk entri dah macam tak bole bla. MEMANG!

puiiiiii... benda paling pantang dalam hidup aku ............. kena tipu!
saket baiii... slumber je kau kan. dalam cakap-cakap pun kau bole lagi buat aku.
sampai muntah aku tahan marah kat kau.
aku pendendam? totally!
tapi aku taknak balas pun. sila berseronok dengan penipuan kau. aku pun seronok.
lalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalalala........

" eh bro gua tada hal punya. lu nak main apa, lu punya suka. lu tak usik gua, gua tak usik lu. tapi sekang, lu da main taik dengan gua bro. lu mau gua cium lu punya taik je ke lanc..? lu ingat bro. lu langsi lu mati! "



# poyo! tapi aku memang memaksudkan. mampos la!

Saturday, July 2, 2011

anugerah



setiap perasaan adalah anugerah.
perasaan sayang dan cinta adalah anugerah terindah.
begitu juga perasaan membenci.
membenci juga satu anugerah. walaupun kita sesama manusia tidak sepatutnya mempunyai perasaan ini.
namun kedua-dua perasaan ini adalah anugerah yang tidak ternilai.
jadi hargai kedua-dua anugerah ini kerana setiap yang dianugerahkan ada maksud dan hikmah tersendiri.





aku yang menghampiri benci,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...