Monday, October 31, 2011

sekadar berbicara..untuk kamu-kamu dan juga dia!

 ASSALAMUALAIKUM...

Hi. hehe kali ni punya entri khas untuk someone yang dah aku anggap sebahagian dari hidup aku. Dan untuk kamu-kamu yang lain jugak. Aku rasa terpanggil untuk berbicara kerana aku sedang menjaga dia; dirinya dan perasaannya. #cewahh. Jangan nak dalam-dalam sangat pikir la. Aku anggap dia ni macam family aku sendiri. Itu je. Saja kasi ayat gempak-tak-berapa-gempak-sangat-la sikit. HAHA =D

Lately dia ada masalah besar. Aku tau masalah tu. Melibatkan perasaan. Masalah yang sampai efek dia punya study. Aku jadi marah sebab dia yang aku kenal bukan jenis yang lemah tapi tiba-tiba dia lemah-selemah-lemahnya. Semuanya disebabkan mainan perasaan. Memang kita tak boleh nak salahkan apa sahaja perasaan yang lahir kat hati kita tapi ada caranya untuk mengawal kesedihan dan kelukaan. Semuanya terletak pada diri kita.

Itulah, lain kali time belajar, belajar je. Tak payah nak bercintan-cintun. Tengok sekarang! Nak salahkan dia pun tak boleh sebab bukan dia yang mintak perasaan tu datang. Dia sendiri pun tak bajet boleh jadi macam ni. Dari terus salahkan dia, marah-marah dia, baiklah kita tolong dia. Tolong dia jadi kuat. Tolong dia bangkit. Tolong dia positif. Tolong dia kembali ke track. Tapi serious cakap, aku memang boleh tolong 'cuci' otak dia tapi diri dia sendiri kena kuat untuk tolong diri sendiri. Kalau tak, bazir air liur jelaaaaa...

Dah berbuih aku nasihatkan dia nak naikkan semangat dia nak bagi dia kuat tapi dia still terpikir. Ye. Mulut kata " aku kuat! aku tak sedih. aku dah tak pikir " tapi hakikat dalam hati...? Apa-apa pun anggaplah aku membebel ni untuk mempositifkan fikiran dia dan jugak untuk teguran kat diri aku sendiri. Macam aku perfect pulak kan. haha =D

Oh adiku sayang...

Kalau kita nak lemah kita akan lemah. Tapi kalau kita nak kuat, kita akan kuat. Bukan maksudnya tak boleh bersedih, tak boleh menangis. Tapi kalau kita nak bangkit, nak bangun selepas kesedihan itu, kita boleh bangkit. Hanya kita yang tahu kemampuan diri kita. Kalau kita nak terus padam selepas kesedihan itu, kita boleh padam. Pilihan itu adalah pilihan kita sendiri.

Sama jugak situasinya kalau kita sampai kat satu simpang. Ke kanan menuju kebaikan, ke kiri menuju kejahatan. Kita yang menentukan arah tujuan kita sendiri sama ada nak ke kanan, yang kita sedia maklum banyak kebaikannya pada diri kita ataupun ke kiri. Kita berhak membuat pilihan untuk diri kita sendiri. Kebaikan yang dipilih, jadi hasilnya baiklah. Kalau kejahatan yang dipilih, jadi paham-paham sendiri lah. So, kalau kita nak kuat, maka kita boleh jadi kuat. Kalau kita nak lemah, maka lemah la kita.

Pokok tak akan membesar dengan kuatnya kalau akarnya tidak kuat mencengkam bumi. Jadi pokok pangkalnya adalah pilihan kita sendiri. Akarnya kuat, maka pokoknya juga akan kuat. Semangat untuk bangkitnya kuat, jadi kuatlah kita untuk bangun. Jadikan masalah yang datang tu untuk bagi kita pengalaman yang boleh mengajar kita untuk masa hadapan. Ambik masalah tu dari sudut positif.

Hmmm.. orang sekeliling memang boleh bagi sokongan, dorongan, motivasi tapi kalau diri sendiri yang pilih untuk lemah, takda siapa yang boleh tolong lagi. So tolonglah. Tolonglah diri sendiri. Sayang diri sendiri. Sayang hati sendiri. Fikir yeeeeee.. hehe =D

" Kadang-kadang kita tak mampu mengubah apa yang ada dalam diri orang lain tapi kita sendiri mampu mengubah apa yang ada dalam diri kita sendiri. "

Ingatla ramai lagi yang sayang kamu bukan dia sahaja. Tak salah kalau nak mengharap tapi efeknya diri sendiri yang akan tanggung.

Chaiyok kecik!!!
 MyEm0.Com 

.
.
.
.
.

[ bila aku da mula membebel! haha :D ni pun tak puas lagi nak cakap. siot! ]


# nak share pitca. ni la anak buah aku. si adik dan si abang.  hehe ;P 
hidup seperti budak kecik, memang best! takyah pikir masalah pun..orang lain yang tolong pikir. HAHA

2 comments:

sArEen@ said...

btul3 :)

Anonymous said...

awak patot jage die baik2.takpelaa..benda dah jadi ape boleh buat. hope semuanya okay.
saya harap awak bertabah sepertimana saya lalui hidup ini tanpa dia.
All the best! :)

-ELU-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...