Saturday, October 29, 2011

[tips aku!] Drive elok-elok. Jangan nak gile-gile sangat laaaa...

  ASSALAMUALAIKUM..

Hello semua. hehe.. Harini aku pegi keje. Saja je nak buat OT. Duduk rumah bukan dapat income pun tapi duduk ofis dapat. So aku pilih la nak dapat.  HAHA. aku memey gemo kek pitih! =)) #sory org klate.tibai semata! heee (_ _')

Ni aku nak bagi tips sikit. Ni hasil dari pembacaan aku plus pemikiran dan pendangan aku la sikit-sikit. Ikot suka korang la kalo nak setuju or taknak. Bukan aku bole halang korang pon. Ye dakkkkkkk.... #membebel jela aku tau! HAHAHA


DRIVE ELOK-ELOK SIKIT YEEEE.. 

#  Jangan halang orang lain nak laju

Bagi laluan kat orang. Lantak pi dia la nak laju macamana pun. Hampa toksah nak halang. Dia yang langgar had laju. Dia yang kena saman nanti bukan kita. So biarkan dia laju. Kita pulak dah nampak dia pecut semacam je, jangan la block. Bagi dia lepas. Ni tak, nak bajet kita ni laju jugak. Duduk kat lorong memotong tapi bawak 90km/j je. Ape cerita ni baiii.. Had laju kat situ 110km/j. Sah-sah la kita patut duduk kat lorong tengah tak pon kiri sekali; standard lori je. Haha.

Pada aku tak semua accident tu jadi sebab kelajuan. Kadang-kadang sebab halangan dan salah faham. Ok. Aku bagi situasi la. Kita nak memotong. Kita nampak kereta depan dah nak masuk kiri. Kita pun speed la. Tiba-tiba kereta tu takjadi masuk sebab ada kereta lain yang lagi laju memotong sebelah kiri lepastu mencelah ke kanan balik. Kereta yang depan kita ni pun terbrek la tiba-tiba. Kita yang tengah speed plus memang dah dekat sangat dengan kereta tu pun menghentam la kereta kedua ni sebab tak dan nak brek. Haaa tengok! Sebab kereta kedua tu halang orang lain nak laju, last-last kita yang bedentum dengan dia. Kereta ketiga dah bedesup laju. Tak pasal-pasal je.

Agak-agak kalo kes macamni kita nak salahkan orang yang potong kiri tu ke? Ye memang dia salah sebab memotong lorong kiri tapi kena tengok jugak sebab apa dia potong kiri kan.. Tolong la sedar diri kalo drive dah macam siput babi; standard lori, sila la ke lorong kiri sekali.

Ingat! Lorong paling kiri untuk yang paling siput babi, yang tengah untuk yang santai-santai;sedang-sedang tak sedang sangat, dan yang kanan sekali untuk pelesit-pelesit tak sedar diri. Rugi la pakai Audi duduk lorong kiri. HAHA =D


# Bagi isyarat ke mana kita nak pegi; maksudnya guna la signal tuuuuu..

Signal tu dah sah-sah memang dicipta untuk memberitahu driver lain kita nak ke kiri ke ke kanan. Kenapa la taknak guna. Jangan bagi orang lain salah faham. Nanti bole accident wooo.. Member aku accident teruk sebab ni la. Melambung dia. Patah kaki, pecah limpa. haih (_ _!)

Dia naik motor masa tu. Memang lorong terpaling kiri la kan. Dia bawak steady je. Takde benda nak dikejar.  Ada la sebijik kereta ni lalu sebelah dia lepastu tiba-tiba dengan tak bagi signal terus masuk kiri. Bengong. Bedentum la. Melambung member aku tu. Yang teruk mesti la yang kat luar. Yang kat dalam kereta takde apa pon cacat cela. Kereta je. Dan yang salah mestila yang melanggar padahal si driver sengal yang masuk kiri tu yang tak bagi signal nak masuk. Nampak?

Bagitau la orang lain kita ni nak pegi mana. Nak ke kiri, bagi signal kiri. Nak ke kanan, bagi signal kanan. Kalo agak-agak hilang arah tujuan, bagi signal hazard. orang tau la kita ni blur. HAHAHA gila ke apa tiba-tiba nak bagi hazard lamp kat tengah-tengah simpang.

Aku memang pantang kalo orang yang tak bagi signal. Memang nak kena maki la kau! Aku tak horn tapi aku bagi lampu sampai aku rasa puas. Hambik! Memang la dia tak efek sangat pun dengan lampu aku tu tapi aku puas. HAHA =D


# Minum air

Macam takde kaitan je kan minum dengan drive. Tapi aku rasa memang betul pun benda ni. Kalo korang drive, better spare air dalam kereta. Air kosong pon jadi. Minum air ni bole control kita punya kemarahan dan bole buat kita sabar lebih sikit. Tengah bengang-bengang, minum air. Cool sikit perasaannya. Ibarat hujan lebat yang turun di padang pasir tengah-tengah panas terik. Betul! Try test tengok laaaa..

Kalo kita lepak kat mapley pun, onney mesti tanya soalan pertama " apa minum? ". Lepastu baru dia tanya makan. Kita bole je sabar tunggu makanan kalo air dah dapat. Tapi kalo air tak dapat lagi, makanan dulu sampai kita memang melahap terus je tapi dalam hati mesti tertanya-tanya 'mana la tea O ais aku ni? mati tecekik pulak aku ni kang..' . Manusia memang tak complete kalo takde air. Air ni bahan pengecas badan. Penyegar. So minumla air kalo tengah marah masa drive.


OK. Itu saja tips yang aku nak share. hehe ^^,
Kalo rasa betul, sila ikot. Kalo rasa takbetul, pegi Tanjong Rambutan. HAHAHA..



" Biar cepat dan selamat sebab lambat pun bukan tentu selamat. Nak laju bole tapi hati-hati. " 



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...