Monday, May 9, 2011

pitam










































salam

ni bukan cerita arini actually. ni cerita 5/5/2011 hari khamis aritu. cerita nak pegi keja.
aku punya shift pukul 3-12. minggu ni perot aku tak berapa nak ade mood sangat. so die dok memulas semacam. nak kate aku kena CB, tak pulak. aku pon tak paham. badan pon suam-suam kuku. demam sikit la kirenya. suhu badan dalam 38 camtu je. tapi kepala biol-biol la. aku gagah jugak pegi keja. naik moto park kat stesen lrt. dah la jaoh aku kena berulang hari-hari. hmmm.. semuanya sebab terpaksa. malas nak MC. hehe =P

before gerak aku sempat jamah 2 keping roti. tu pon tak abes sebab anak buah aku pow separuh-separuh. kiranye sekeping jela roti aku makan. ni perot tak isi dari pagi. takde selera. masa bawak moto, stabil je lagi. masa dalam star pon stabil lagi tapi kaki dah ketar. sekarang aku kena naik putra pulak. 

masa tunggu putra, aku dah goyang. okay waniey betahan. semoga ade tempat duduk. tren pon datang. masuk-masuk je tengok kiri kanan takde tempat kosong. aku bediri kat tepi pintu menyandar. kaki dah rase macam tak bole nak berdiri. ketar tahap ape dah. aku dapat rase aku nak tumbang tapi aku betahan je. sandar kat dinding tren tu. sambil tu aku beistighfar. baru nak ingat kan bila dah saket. tibe-tibe perot aku saket sangat plus kepala aku pening sangat-sangat bepusing-pusing bepinar-pinar. cepat-cepat aku sangkut tangan kat besi pemegang. makin lame aku makin tak nampak. tapi mulut aku kumat-kamit lagi beistighfar sambil bagi semangat kat diri. " waniey betahan. waniey ingat Tuhan.". then..... gelap!

bila bukak mata, aku nampak samar-samar je. aku ada lagi kat tempat yang sama, still bediri tapi dah nak ke lantai jugak la dengan tangan tesangkut kat besi. sebab tu aku tak jatuh. aku  nampak orang depan, orang sebelah aku tengok semacam je. aku tesedar pon sebab tren berhenti kat stesen KLCC. masa ni ramai orang kelua, aku terus duduk. dalam tren yang ade air-cond tu aku bole bepeluh-peluh macam belari keliling padang. aku pejam mate sebab aku tak nampak sangat. kelabu-kelabu lagi. 

aku dah macam malas nak keja sebab kaki dah lembik sangat dah. tak larat. sumpah. tapi aku gagahkan jugak. masa sampai, aku beli roti. sambil jalan aku makan roti. aku paksa makan jugak sebab aku takot pitam lagi. aku bukan nampak sangat pon sebenarnya. sebab aku familiar dengan tempat tu je aku agak-agak je jalan. kepala aku bepusing-pusing Tuhan je tau. sampai ofis, aku belagak steady. aku memang. tanak nampak lemah depan orang. hahaha. biar aku tanggung sorang-sorang. dats why aku tak cari tempat duduk mase dalam tren. emm..nak nasib, aku dapat buat support pulak. so aku buat keja ringan je. hee~

dah malam, badan jadi tak tentu. nak demam balik. muka dah merah padam. officemate aku dok tegur muke sememeh, merah menyala. betahan betabah. tu je aku dok cakap dalam hati. balik kena pulak bawak motor. adeiiiiiiii... nasib!

sampai umah pukul 1 pagi, aku dah flat abes. terus masuk bilik je nak tido. mak tunggu aku balik. masuk bilik pon same-same dengan mak. aku cerita kat mak. mak marah aku! uwaaaaa ='(
mak cakap, kalo dah rasa macam nak pitam cepat-cepat duduk. tak kira kat mana sekalipon. takot nanti kalo tiba-tiba tumbang, kepala tehempas kat mana-mana. dapat sakit lain pulak. baek la mak. 

hmmm....actually ni 2nd time aku pitam. lately aku da main pitam-pitam pulak kalo saket perot. em hari tu aku pitam kat umah je tapi jatuh kat singki sebab rasa nak muntah. nasib kepala tak kena singki. sorang-sorang je. kakak aku cuti besalin. aku dok rumah die sorang-sorang. pegi klinik sorang-sorang naik motor. kelua klinik, hujan! redah. 

haih. ni la cerita pitam aku. kenapa ek bole pitam? sebab tak makan? may be kot. hehe =P
tu je. abes. 


: : dia takde pon masa aku saket. aku mula saket ari rabu. dia ade sekejap malam khamis tu. thanks. tapi pagi esoknye aku kena marah sebab kacau die n tak paham die. hmmm... orang saket mane bole mintak-mintak simpati kat orang kan.... apela aku ni. tak malu. hee..MyEm0.Com : :




psssssttt # aku punya cuti sabtu ahad ni aku bole lepak dok umah tak buat ape-ape pon just pegang fon yang bagi cerita-cerita yang mengecewakan. hahahahahaha.. macam tak pecaye je tu aku kan.

[[ ensem tak? walaweh. wajah dikala ku tua. kalo panjang umoq ]]

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...