Tuesday, November 22, 2011

[kata aku!] ah kau. bajet!

 ASSALAMUALAIKUM...

Hello. tengah sakan tengok bola. dan lagi la aku nak membebel. haiih kata multitasking punya orang. mesti boleh punya sambil menyelam minum air, sambil peluk tangan merayap meraba-raba. perghhhhhhh... aumm! #sewel!

" Carilah jalan supaya dijulang-julang tapi hati-hati. Kadang-kadang yang menjulang tak sanggup sambut julangan "

# berat kot nak sambut! HAHA.
ermm jangan anggap semua orang akan terus menjulang kita, memuji, meng'admirer', menyanjung, jugak menyayangi kita. Tak selamanya! Sebab masing-masing ada tahap, masing-masing ada had, masing-masing fikir hal masing-masing. Takde masa la nak selamanya menyebuk hal kita! Sementara dijulang,disanjung, disayang, tolong la hargai! Itu pun susah ke? #takpaham!

senang je contohnya.
" weh aku dapat tackle die. seminit tak sampai dah cair! hebat tak hebat? haha " <-- mintak supaya dijulang la ni!
" makaih. gile hebat kau. takde orang lain dah lagi hebat dari kau. kau sorang je yang paling hebat dalam dunia. kagum aku berk kagum!" <-- penjulang! bukan ye-ye sangat pon nak menjulang. kadang-kadang dah penat menjulang, malas nak sambut, gini je jawabnye... " sikit aku takheran. seminit lagi die tinggal kan kau! pegedaaaa.Ah.bajet la kau!"  #ada paham ka?


" Orang yang asyik mendongak, lambat laun tesepak batu jugak, tepijak tahi jugak! "

ni dituju khas buat si pembelagak-pembelagak kat luar sana. sombong. tak kemananye pon kau nak sombong. apa sangat yang kau ade nak belagak bagai tu! dok tongak sangat ke langit, kang taik jatuh atas muke. gagagagaga haaa rasekan la!

sifat sombong sekelumit pun takboleh ade pada kita ni manusia, hambaNya. hanya Allah sahaja yang layak bersifat sombong. sebab Allah memiliki segalanya. So sifat ni memang sangat-sangat takboleh-takpayah-nak-mimpi-pun ada dalam diri kita. # ada paham ka? uish bole pegi jauh ni dalam ustazah pilihan! haha

upssss.. gua kalau dah membebel, mulut ayam kena tungau pun kalah berk. siyes! sudah. mahu tido. cakap lebih sangat kang dicop POYO. baik gua angkat kaki dulu. tepuk bantal. pejam mata. sekian.

# macam dia sorang ada hidong. puiiiiih! =..= 
emo pulak! HAHA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...