Tuesday, November 8, 2011

hari korban yang terkorban. HAHA

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM AIDILAHDA..

hi. lama tak boh apa-apa entri sebab balik kampung. malas jadinya. keje aku kat kampung HANYA TIDO! hahaha tak bemoral sungguh. aku rasa macam menagih dadah pulak dok laloq, lemah, lemau semacam je. bekepit dengan bantal plus selimut. siang-siang hari seap beselimut bagai macam tido malam. sebab sedap tido sejuk-sejuk. maklumla musim hujan. hehe ;P sampai mak aku naek heran.

eh tapi aku dah tolong mak aku kat dapur la ape yang patut. lagipon aku penat sebab buat kek secara manual. pukul butter dengan gula sampai kembang. patu taruk telur sebijik demi sebijik. patu boh koko dengan tepung. sume beres pakai senduk kayu dan keringat tangan aku. kendian, bakar atas dapur. tup! jadilah kek coklat yang gebu lagi lazat! 2 jam SAHAJA suda licin. phewwwwwwww~ (_ _!)

hmmm sume bizi lagi becuti raye aji ye dak. lagi-lagi student la. cuti seminggu. sikit aku tak heran. #berbaur dengki! HAHA..# masa hari raya haji haritu, aku dengan family aku tak pegi mane-mane. semua tebongkang tido. macam dah kena sembelih masing-masing. sebenarnye sebab busan. hari raya pertama tu takde korban. kampung aku buat hari raya kedua. plus pondok tempat mak ayah aku belajar pon buat hari raya kedua. so kamiorang pon simpan tenaga la untuk esoknya. cewah macam tolong pulak kn.

hari kedua pegi pondok. dekat sini korban sampai 13 ekor lembu. nama ayah aku ada la masuk. tapi kamiorang sampai time orang dah lapah daging lembu tu. masa sembelih dah lepas. alaaaaa ='(
dah tengok-tengok round-round, balik umah, tido lagi. bhahahaha... apa nak jadi la. ni simpan tenaga nak balik KL pulak. huhu.

ah membebel. aku pun busan! sudah. ala aku just nak sampaikan "aku yang terkorban kat atas katil pada hari raya korban." HAHAHA..

macam-macam la kau! HAMBAR OK!

[[ ekau nok disomboleh jangggg... haha maap org nogoghi! ]]


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...