Monday, July 25, 2011

mimpiku



assalamualaikum...

mimpi adalah mainan tido. inilah yang selalu orang cakap.
tapi bagi aku setiap mimpi yang aku dapat ada mesej yang nak disampaikan. setiap mimpi. cuma aku yang perlu tafsirkan dengan betul.

malam tadi aku bermimpi lagi.
aku dalam perjalanan ke suatu tempat. tempat menuntut ilmu yang pastinya. tapi aku kurang pasti tempatnya.
sepanjang perjalanan hanya ada gaung di kiri dan kanan. jalan berliku dan berbukit. langsung takde penghujung. berjam-jam berhari-hari berminggu-minggu aku still tak sampai. sungguh penat. tapi aku teruskan perjalanan. aku akan berhenti di atas setiap puncak gunung supaya aku nampak jalan di depan, halangan di depan dan tempat yang nak dituju. tapi di setiap puncak aku hanya nampak jalan semakin berliku dan takde noktah.

hmm di suatu puncak, aku didatangi seseorang. seseorang yang aku kenali dalam realiti. tapi aku tak kenal hati budinya. di dunia realiti aku dah mencipta sesuatu yang aku sendiri kurang pasti tentangnya. ish. dalam mimpi tersebut kami sangat baik dan rapat. aku disingkap dengan apa yang aku telah lakukan. hmmmmm... aku perlu mencari kemaafan dari dia dan juga dari Dia Yang Maha Mengampuni.

aku teruskan perjalanan. di satu lagi puncak, aku dilayangkan dengan satu surat. surat yang aku terima semalam. dipuncak ini aku nampak abang aku yang sedang memberi surat yang aku pernah bagi pada bos aku. setelah abang aku serahkan dan berlalu, dia dimarahi oleh ahli keluargaku. aku hanya manyaksikan sahaja. hmmmm...

di puncak yang lain, aku diminta untuk memberikan beras kepada yang tertentu. walaupun aku pelik tapi aku tetap memberi.

banyak lagi puncak yang aku singgah dan aku dapat sesuatu. tapi aku dah tak berapa nak ingat.
sehingga aku tersedar aku masih lagi tak sampai ke destinasi. aku seperti sesat. sesat untk mencari kebenaran. sesat untuk mencari ilmu.

aku berfikir apa mesej yang nak disampaikan pada setiap puncak bila aku tersedar. setakat ni memang aku dapat mesej yang nak disampaikan. cuma aku perlu tau cara untuk aku selesaikan kesemuanya.

Allah menjadikan sesuatu kejadian pasti terdapat hikmah disebaliknya. samada hikmah itu akan diterima oleh diri sendiri, orang-orang yang tersayang, orang-orang terdekat atau sesiapa sahaja. jadi pandanglah sesuatu dengan positif. mengingatkan diri sendiri juga.

********************************************

aku share mesej di puncak ketiga. memberi beras. huhu.
aku nak ganti puasa harini. lagi 3 hari. sempat kot. tiba-tiba....
jangan disangka panas sampai ke petang. rupa-rupanya hujan ditengahari.
hmmm... minggu depan dah Ramadhan. confirm tak sempat.
ye. beras yang diberi itu untuk 3 hari yang mungkin tak sempat ni.
mesej yang sangat jelas.
hahaha =D
waniey. waniey.


# sheeda yang dok tunggu,aku yang kena. hahaha. aku nak makan puas-puas. moga-moga taun ni tak bertambah kena ganti puasa. cukup-cukup 3 hari sudaa. hehehehehe =P


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...